Saturday 16 March 2013

MENEMBAK MATI MONYET/KERA ADALAH DIBENARKAN MENGIKUT AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum ini saya ada menyiarkan artikel Penduduk kampung di belakang Sekolah Berjaya Dato' Setia, Sungai Petani memohon supaya monyet ditembak mati!



Berita menembak mati monyet telah disampai oleh Puan Devi Raj daripada SPCA KEDAH (019-5050126) kepada saya. Atas dasar itu, saya dan perisik menjana gerak kerja



Berdasarkan maklumat risikan, saya menyimpulkan seperti dibawah
  1. Gangguan monyet/kera adalah tinggi di dalam bandar, pinggiran bandar serta luar bandar
  2. Selain memasang perangkap untuk tujuan pemindahan serta pelupusan (cucuk mati), MONYET/KERA YANG MEMBERI GANGGUAN SEHINGGA BINASA DAN MEMUDARATKAN, undang-undang membenarkan haiwan ini ditembak mati!
  3. Tembak mati ini menggunakan peluru hidup
  4. Kenapa tidak pelali? Pelali hanya sesuai untuk tembakan didalam jarak yang dekat
  5. Oleh kerana monyet/kera amat sukar untuk dikesan didalam jarak yang dekat, maka tembakan peluru hidup mengambil tempat
  6. Tembakan peluru hidup menjangkau sehingga 30-40 meter
  7. Tembakan peluru hidup terhadap monyet/kera adalah arahan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN
  8. Akibat bantahan daripada Pasukan Tindakan Haiwan (AAT), tiada aktiviti menembak monyet/kera pada minggu lepas (10 March 2013 - 16 March 2013)
  9. PERHILITAN mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak bagi mengawal monyet/kera yang memberi mudarat dan kebinasaan.
  10. Cadangan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah PERHILITAN
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-Monyet/kera yang ganas boleh mencederakan manusia-


JamilKucing kerap benar bersifat angkuh dimana beliau kerap mengangkat diri sendiri bahawa dirinya adalah animal lover yang terbaik didalam melindungi haiwan di Malaysia. Didalam isu menembak mati monyet/kera yang diminta oleh kaum Cina seperti di atas, saya mencabar JamilKucing untuk kemukakan cadangan kepada Ketua Pengarah PERHILITAN. Cabaran ini juga terpakai terhadap kuncu-kuncu serta hamba abdi dibawah jagaan JamilKucing

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-JamilKucing dan monyet kesayangannya-


AAT adalah NGO haiwan yang selalu mengutamakan rasional apabila berdepan dengan beberapa tindakan pemutus terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Ianya sejajar dengan salah satu matlamat AAT iaitu memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan survival haiwan dan survival pemilik haiwan


Sekian, terima kasih

Presiden AAT