Friday, 14 June 2013

Anjing VS Ular Tedung Berbisa Kedua-duanya Mati Manusia Terselamat!

Awal pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada seorang ahli AAT yang berdaftar. Panggilan itu disertakan dengan airmata. Wanita ini memaklumkan, anjing yang disayangi telah mati. Anjing bertarung dengan ular tedung berbisa. Kemuncaknya, ular tedung mati.. anjing juga turut mati!


Sang Anjing diberi nama Papi. Dia diselamatkan oleh wanita Melayu Islam ini akibat tersangkut di longkang.  Akibat fizikalnya yang masih kecil. Papi dibawa pulang ke rumah untuk dilindungi. Pada awal kehadiran Papi, kewujudannya tidak disenangi. Ye la. 2 tahun sebelum ini, public awareness terhadap anjing tidak mekar seperti sekarang. Ditambah pulak, yang memelihara Papi itu adalah orang Islam. Sudah tentulah cabarannya sedikit tinggi


Untuk memastikan syariat itu tetap syariat, Papi dilatih menjadi guard dog sejak kecil. Dia diberi tugas mengawal rumah, menjaga tuannya serta melindungi seluruh keluarga. Pernah suatu ketika, wujud bantahan jiran sekeliling. Akibatnya, Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) datang membuat operasi. MPSJ memberi tempoh supaya Papi dipindahkan ke lokasi lain. Lalu, Papi dirancang supaya boleh di adopt oleh manusia lain. Namun, kesetiaan Papi sangat tinggi. Dia tak mahu ikut tuan barunya. Dia mahu terus tinggal disitu walaupun dia tahu ramai manusia yang benci padanya. Berdasarkan body language yang ditunjuk Papi, wanita Melayu itu tidak berdaya hendak melepaskannya. Lalu, dia nekad untuk mempertahankan Papi at all cost. Setelah berunding dengan MPSJ, Papi tidak perlu dipindahkan. Keputusannya, Papi boleh kekal disitu dan Papi perlu mematuhi beberapa syarat yang telah diperundangkan



Inilah fizial ular tedung berbisa yang mahu masuk ke dalam rumah. Jika ular tedung berbisa ini mematuk manusia dan anak-beranak, apalah akan jadi agaknya? Sila jawab wahai manusia



Papi menghalang ular tedung memasuki rumah. Dan berlakulah pergelutan serta pertarungan hebat. Papi menggigit ular sehingga terputus dua


Tanpa disedari, Papi juga turut terkena beberapa patukan berbisa. Setelah beberapa jam ular berbisa mati, Papi dilihat mulai lemah. Beberapa jam berlalu, simptom menunjukkan mulutnya berbuih dan badannya penuh dengan tompokkan bewarna kuning. Dan selepas itu, nyawanya terhenti!

Kesan patukan ular dibadan papi

Kelihatan semacam darah Papi bercampur racun ular


Papi menjual nyawa untuk tuannya. Papi juga menjual nyawa untuk suami tuannya. Dan seterusnya, Papi turut menjual nyawa untuk 2 anak laki-laki tuannya. 1 NYAWA ANJING MENYAMAI 4 NYAWA MANUSIA. Jadi, kenapa kamu wahai manusia... selalu sangat membenci anjing?

Papi terbukti adalah makhluk yang tahu membalas budi. Sikap mulia yang dimiliki Papi, sangat selalu dilanggar oleh kerabat manusia. Manusia terlalu pentingkan diri. Mereka sangat selalu mengkhianati dan sangat selalu menyakiti. Asal mereka boleh survive laki bini anak beranak dan seluruh keturunan, manusia kebanyakkannya tidak kisah apa sahaja caranya itu! Walau banyak cara yang halal.. cara HARAM, JIJIK DAN KOTOR tetap menjadi pilihan manusia keparat!

Kepergian Papi menjana seribu makna. Jiwanya dikorban untuk manusia. Berikut merupakan kata-kata wanita Islam yang memelihara Papi sejak kecil,

Mmg benar,pekerti anjing jauh lebih baik dr manusia...seekor anak anjing yg sy ambil...jaga & belanye spt anak pandai membalas budi & jasa...sanggup brtarung & brkorban nyawa utk selamatkan sy sekeluarga hingga ke akhir hayat...Hakikatnye anjing makhluk yg sgt setia walau sedikit saje kebaikan yg diberi...,tetapi ingatan pd kebaikan manusia sgt kuat..


Apapun kehadiran Papi bnyk mengajar sy erti kesetiaan & pengorbanan...walau sy sedih dgn kematiannya tetapi sy bangga krn dia mati sbg hero yg menyelamatkan tuannye sekeluarga...

Sebelum tamat cerita, izinkan aku menyelit kata,

Papi adalah sang haiwan. Ular tedung juga adalah sang haiwan. Namun, banyak mata manusia lebih bersimpati terhadap Papi berbanding sang ular. Kenapa begitu? Sebabnya, Papi tidak memberi mudarat. Manakala ular dilihat sangat memudaratkan. Dan manusia dilihat mahukan keadilan. Maka inilah dinamakan keadilan. Undang-undang di Malaysia bukan hanya untuk manusia. Tetapi undang-undang juga diwujudkan untuk mengawal sebarang kemudaratan yang disebabkan oleh haiwan berbahaya. Tidak kiralah apa sahaja jenis haiwan itu. Lipas ker.. semut ker.. tikus ker.. Mereka semuanya haiwan. Jika mereka dikategorikan sebagai perosak yang mengancam manusia, mereka juga perlu dilupuskan mengikut undang-undang yang telah diluluskan. Jika kamu mendapati undang-undang haiwan itu terlalu zalim, jadinya... KAMU PERLU UBAH UNDANG-UNDANG HAIWAN DENGAN GERAK KERJA YANG SANGAT KUAT!!!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT