Tuesday 9 July 2013

Jelang Ramadan, suatu kebanggaan

Assalamua'alaikum,

Ramadan jelang lagi. Ini bermakna kita masih segar bernafas sampai sekarang. Dibulan yang berkat, lantunan suara Al-Quran bakal menyelimuti jiwa. Kita disarankan merebut pelbagai peluang untuk mempertingkat ibadah. Sang kucing, sang anjing malah bunga-bunga juga turut bertasbih.



Selama ini, apabila menyentuh tentang hal ehwal kebajikan haiwan, hanya golongan bukan Islam sahaja yang sangat memberi tumpuan! Peristiwa demi peristiwa, kemarahan yang memuncak serta kesedihan yang membakar, akhirnya telah ramai umat Islam mula menyertai bukan Islam untuk berbakti kepada haiwan. Inilah pencapaian kita! Ucaplah terima kasih kepada bukan Islam. Mereka menginspirasikan kita!

Pengabdian diri kepada Tuhan perlu disempurnakan. Dan akhirnya, kita pasti menuju destinasi wisata yang kekal abadi

Sempurnakanlah Ramadanmu wahai Pencinta Haiwan

Presiden AAT