Saturday, 6 April 2013

SOLIDARITI BUAT PENCINTA HAIWAN BERNAMA PUAN MAZNI

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,
l
Hari ini (Sabtu, 6 Apr 2013 jam 1030am), saya dan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) berkunjung ke Taman Kajang Jaya, Kajang, Selangor. Kami ke rumah Puan Mazni. Beliau adalah pencinta haiwan yang berdepan dengan khianat manusia! Oleh yang demikian, AAT turun ke sana untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada beliau didalam pertempuran dengan pengkhianat!




Disebabkan khianat daripada manusia anti-kucing, rumah Puan Mazni kerap dikunjungi oleh Penguatkuasa Kacau Ganggu daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Saya meminta Puan Mazni mengemukakan segala dokumen daripada mana-mana pihak untuk saya nilai. Mengikut dokumen, Puan Mazni didakwa memelihara kucing dengan

  1. Menimbulkan bau yang membinasakan kejiranan
  2. Menjana gangguan kebisingan yang meruntuh dan menghancurkan komuniti
Setelah menilai dokumen, saya dan AAT dibawa ke penampukan kucing milik Puan Mazni. 


Penampukan kucing ini hanya menempatkan 10 ekor kucing sahaja. Tetapi aduan jiran beliau kepada Majlis, menyatakan seolah-olah Puan Mazni memelihara 250 ekor kucing, 100 ekor anjing dan 50 ekor anak babi! Apa yang kami dapati, penampukan kucing ini
  1. Bersih dan sempurna
  2. Tiada bau yang membinasakan kejiranan
  3. Tiada kebisingan yang meruntuh dan menghancurkan komuniti

Untuk membuktikan penampukan ini bersih dan sempurna, saya tidur didalam penampukan ini.



Saya tidur dibeberapa penjuru dan beberapa bahagian sudut cakah di penampukan kucing.



Tidak cukup dengan itu, saya makan minum di dalam penampukan kucing. 




Dan akhirnya, semua orang makan minum didalam penampukan kucing





Kesimpulannya, penampukan kucing milik Puan Mazni tidak memberi apa-apa kemudaratan terhadap kejiranan. Dengan ini jelas, Puan Mazni adalah mangsa khianat yang
  1. Cemburu terhadap pencapaiannya
  2. Dengki dengan keilmuannya
  3. Sakit hati dengan kejayaannya


Buat pengetahuan, Puan Mazni adalah bekas Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Setelah bersara, kini beliau menyambung kerjaya Pensyarah Kontrak di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Puan Mazni adalah ibu tunggal. Rumah di Taman Kajang Jaya ini adalah rumah ke 2 beliau. Rumah ini adalah Semi-D yang mempunyai tanah yang agak luas

Berdasarkan justifikasi dan kebenaran yang dimiliki oleh Puan Mazni, AAT akan berdiri teguh dibelakangnya didalam memerangi manusia khianat serta manusia anti-kucing. Ada 2 cara memerangi manusia jahat ini. Ianya adalah EASY WAY OR HARD WAY!

Pada Isnin ini (8 April 2013), saya akan menulis surat kepada YDP MPKj, Dato' Hassan Nawawi Abd Rahman. Dato' Hassan Nawawi dan aku sama-sama anak jati Perak. Beliau orang Kuala Kangsar. Manakala aku, orang Padang Rengas

Saya akan memaklumkan Dato' Hassan Nawawi, dimana
  1. Aduan kacau ganggu yang dibuat terhadap Puan Mazni adalah bersifat mala fide!
  2. Pihak pengadu menggunakan Penguatkuasa Kacau Ganggu untuk membalas dendam terhadap Puan Mazni
  3. Aduan kacau ganggu yang dibuat terhadap Puan Mazni adalah dusta, palsu dan sangat jahat!

Saya akan berbincang dengan Penasihat Undang-Undang AAT. Jika sesuai, AAT akan membantu Puan Mazni untuk membuat saman sivil terhadap pengadu. Andai pengadu masih tidak insaf dan bermain celaka, penyelesaian secara pergaduhan dan 'simbah asid' akan mengambil tempat!


Sekian, terima kasih

Presiden AAT