Senario diatas kerap kali dihadapi oleh pelbagai animal lover di Malaysia. Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain.. semuanya kena. Kenapa ini berlaku? Ianya berlaku kerana pelbagai ubat untuk rawatan haiwan, TIDAK ADA SUBSIDI!
Kenapa kerajaan tidak mempedulikan ini semua? Jawapannya, hati dan perasaan animal lover kerap dibuang ke longkang oleh pemerintah.
Ini komen aku. Dasar sekarang, kebajikan haiwan jalanan bukan keutamaan! Maknanya, pihak kerajaan yang mengutip cukai berbilion ringgit, tidak pernah terfikir pon untuk menambah budget terhadap kebajikan haiwan jalanan. Maka jadilah suatu keadaan dimana, klinik haiwan kerajaan di setiap negeri - HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU!
Dasar kerajaan sekarang adalah budget yang begitu besar perlu diperuntukkan terhadap haiwan makanan @ food animal. Contohnya, Projek Lembah Daging @ NFC. Projek ini diperuntukkan ratusan juta. Walaubagaimanapon, ROI yang dijana sangat tidak menggembirakan rakyat! Yang sangat bergembira cuma 2-3 korporat sahaja!
Macam mana animal lover nak meminta kerajaan mengubah Dasar? Kita animal lover pelbagai kaum perlu menunjukkan kekuatan kepada mereka. Kekuatan animal lover perlu menerusi solidariti. Tanpa solidariti yang kuat, animal lover akan dipaksa menanggung kos rawatan haiwan yang tinggi.. sampailah dunia kita hancur!
AAT didalam proses membina solidariti yang kuat. Setelah kita menjadi kuat, Insya Allah.. budget untuk haiwan jalanan akan ditambah ke suatu angka yang significant. Oleh yang demikian, kerajaan boleh menimbangkan untuk memberi subsidi terhadap rawatan kucing anjing. Dan hasilnya, kita rakyat animal lover tidak lagi dibebankan dengan kos rawatan haiwan yang terlalu tinggi!
Janganlah kita menumpu sahaja terhadap kerja-kerja rescue. Hal ehwal dasar kebajikan haiwan jalanan juga, MESTI KITA PERJUANGKAN!
Bagi menambah kekuatan solidariti, Daftar keahlian sekarang
Sekian, terima kasih
Presiden AAT