Friday 12 July 2013

Memohon bantuan untuk menangkap 2 ekor anjing yang memudaratkan!

Rujukan: AAT/MPSUBANGJAYA/0713/001
Tarikh: 12 Julai 2013


Dr. Roslan Bin Mohamed Hussin
Pengarah Jabatan Kesihatan
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

PER: MEMOHON BANTUAN UNTUK  MENANGKAP 2 EKOR ANJING YANG MEMUDARATKAN!

Saya telah dihubungi oleh satu individu di Puchong dimana wujud dakwaan, terdapat 2 ekor anjing yang memudaratkan!

2.   Beliau memaklumkan 2 ekor anjing ini selalu mengejar dan menyerang para penduduk pangsapuri. Disebabkan tuntutan waktu keluar kerja sekitar 400 pagi, beliau antara individu yang paling kerap diserang. Aduan telah dipanjangkan kepada pihak Pengurusan Apartment. Namun, tindakan daripada Pengurusan Apartment adalah sangat tidak bertamadun. Mereka mengarahkan pihak security mengusir anjing tersebut. Kebodohan pihak security telah mengakibatkan anjing tersebut dipukul sehingga parah!

3.   Lokasi anjing dan ciri-ciri anjing ditunjukkan seperti dibawah:


4.   Anjing tersebut perlu ditangkap untuk menyelamatkan mereka daripada mati secara azab! Setelah ditangkap, mohon pihak tuan memaklumkan kepada Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Oleh yang demikian, pihak kami akan mencari mana-mana pihak yang berminat untuk menuntut, menjaga , mengawal, dan menyelia 2 ekor anjing tersebut.

5.   Sekiranya dalam sela masa tertentu, tidak ada mana-mana pihak yang sanggup menuntut anjing, pihak kami tidak akan menentang jika anjing tersebut ditidurkan mengikut undang-undang. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding jika anjing tersebut dimatikan secara azab! Aduan kezaliman haiwan juga akan dipanjangkan kepada DVS Negeri Selangor tidak lama lagi.

6.   Untuk bantuan menjejaki anjing, mohon hubungi Saudara XXXXXX ditalian, XXX-XXXXXX atau diemail, xxxx@gmail.com . Mohon pastikan pasukan penangkap haiwan MPSJ tidak berlaku zalim. Ingatkanlah juga anak-anak buah supaya menjaga kebajikan haiwan sepanjang-panjang operasi, termasuk di Pusat Kurungan.


Sekian untuk tindakan


“Keadilan buat rakyat, keadilan jua milik abadi sang haiwan”
--------------------------------------------------
Sharul Nizam Ab Rahim (012-2473497)
Presiden AAT