Thursday 27 June 2013

Hajah Aminah Mampu Melihat Betapa Pentingnya Solidariti.

Ini Hajah Aminah Binti Haji Ahmad. Umurnya 78 tahun. Apabila mendengar sahaja AAT mahu kumpulkan seramai mungkin animal lover, beliau pon terus mendaftar sebagai ahli. Beliau menyertai AAT bagi membolehkan beliau menyumbang kekuatan kepada solidariti AAT. Andainya solidariti AAT menjadi kuat, maka pemerintah boleh menimbangkan: 

1- Subsidi terhadap rawatan kucing anjing
2- Pemberian geran tahunan kepada NGO Haiwan
3- Rombakan terhadap UUK yang dilihat kerap 'membuli' anjing
4- Memanfaatkan tanah rezab terbiar untuk dijadikan shelter
5- Mewujudkan 1 jawatan Senator untuk strays



Animal lover perlu tahu rawatan haiwan menjadi mahal kerana tiadanya subsidi daripada pemerintah. Hajah Aminah yang dah tua pon, mampu melihat betapa pentingnya solidariti. Solidariti adalah kuasa rakyat. Zaman sekarang, mana-mana pemerintah pon tidak boleh sombong dengan solidariti yang kuat Untuk memastikan suara kita didengar oleh pemerintah dan orang ramai, kita perlu membentuk solidariti melalui persatuan.