Saya ingin membuat sedikit penegasan. Kemunculan AAT, tidak berobjektifkan untuk overshadow mana-mana NGO Haiwan yang berasaskan kaum Cina, kaum India serta lain-lainnya. Kemunculan kami hanya mahu membantu anda memperkukuhkan perjuangan. Walau ada beberapa orang-orang Melayu yang bersama NGO Haiwan bukan Melayu, tetapi ramai diantara mereka itu adalah liberal. Majoriti animal lover beragama Islam, pasti menolak kepada mereka yang liberal
NGO Haiwan pimpinan kaum Cina, kaum India serta lain-lainnya telah berjuang agak lama. Tetapi lonjakkan kejayaannya KURANG SIGNIFICANT. Kenapa ini berlaku? Ini kerana penyertaan orang-orang Melayu adalah sangat kurang. Berdasarkan fakta, adalah benar selama ini orang-orang Melayu sangat kurang peduli tentang strays terutamanya anjing. Tetapi sekarang, TIDAK LAGI
Setelah hancurnya HERO pimpinan Papa Hero, orang-orang Melayu cuma ada AAT sahaja. Sekiranya AAT juga dihancurkan, aku tak rugi apa-apa. Sebab aku boleh kembali memfokus kepada kerjaya. Aku memimpin AAT pun sebab diminta. Bukannya aku yang terkinja-kinja nak jadik Presiden. Sesiapa yang nak ambil jawatan Presiden AAT, marilah ambil. Aku alu-alukannya
Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain kaum perlu lebih kerap mendesak kerajaan untuk ubah polisi terhadap kucing dan anjing. Kita tak duduk semeja tak apa. Yang penting, kerja mesti jalan!
Perjuangan kucing anjing mesti ada wakil di Dewan Negara. Dan wakil itu mesti dikalangan bukan Melayu. Mereka lebih mahir berkaitan kebajikan haiwan
Sekian, terima kasih
Presiden AAT