Hari ini merupakan kali ke 2, aku menghadiri mesyuarat Canine Advisory Team (CAT). Dengan kapasiti sebagai Presiden AAT, aku menggunakan peluang ini untuk membawa ribuan suara animal lover di Malaysia supaya ianya didengar secara serampang 4 mata.
AAT adalah satu NGO Berdaftar yang ada perjuangan. Dan perjuangan itu adalah, AAT menjadi gerbang kepada animal lover untuk bersatu dan bangkit! Kita perlu bersatu dan bangkit untuk memastikan kehidupan strays yang susah dan miskin, sentiasa dinaiktaraf
Aku juga berkali-kali mengingatkan kepada pasukan penangkap haiwan supaya tidak berlaku zalim! Kebajikan haiwan adalah keutamaan sepanjang-panjang operasi, termasuk di Pusat Kurungan.
Didalam mesyuarat, aku juga diberi kefahaman tentang kesusahan pihak majlis didalam mengekalkan kualiti hidup yang sempurna. Sebagai manusia yang mengerti apa itu keadilan, aku juga sedaya upaya memahami bidang tugas mereka buat negara
CAT dipengerusikan oleh En Anthony . Aku dan AAT memberi sokongan kepadanya terutamanya untuk mengubah Undang-Undang Kecil Anjing di Negeri Selangor (UUK)