Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan - AAT kini menyediakan
Bantuan Pemandulan Haiwan Kesayangan bagi membantu mengurangkan populasi haiwan terbiar
SYARAT DAN POLISI UNTUK MEMOHON :
1. Perlu mendaftarkan diri sebagai Ahli AAT.
Pendaftaran boleh dibuat di
2. Kucing/Anjing yang hendak dimandulkan adalah kucing/anjing yang diambil atau diselamatkan dari jalanan dan dibela sendiri.
3. Semua kucing/anjing terbiar dikawasan kejiranan (perlu dirawat sehingga sembuh sebelum dilepas semula atau dicari pemilik baru.
4. Anjing/kucing terbabit perlu cukup syarat untuk dimandulkan.
Keutamaan diberi kepada pelajar, suri rumah, warga emas, golongan kurang berkemampuan, feeder dan rescuer di kawasan masing-masing.
CARA MEMOHON:
1- Email kami keterangan peribadi dan jumlah kucing yang hendak dimandulkan di nurul@aat.org.my dan masej PetzStop Catshouse untuk pengesahan
2- Pemohonan akan ditapis dan akan dimaklumkan melalui email atau masej facebook.
3- Pemohon yang layak perlu memberi butiran lengkap klinik haiwan yang ingin dilawati.
4- Setelah selesai proses pemandulan, Pemohon perlu emailkan kepada kami resit dan gambar kucing/anjing yang siap dimandulkan untuk urusan dokumentasi berserta butiran Akaun peribadi untuk proses transaksi
*Bantuan yang diberikan dalam jumlah penuh, atau 50% dari kos pemandulan (bergantung kepada kelayakan pemohon)
*Transaksi kewangan akan diberikan pada pemohon sebelum atau selepas haiwan dihantar ke klinik haiwan bergantung kepada kelayakan pemohon.
*Bantuan subsidi AAT bergantung kepada dana semasa yang dimiliki.
Untuk maklumat lanjut boleh PM petzstop cathouse.
Sekian Terima Kasih