Thursday, 30 May 2013

PENCINTA HAIWAN YANG PERLUKAN PERHATIAN BAITULMAL MAIWP

Diberitakan baru-baru ini, sukarelawan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) menerima maklumat dimana wujud satu pasangan yang amat daif serta alami kecacatan mata. Namun, kedaifan itu tidak menghalang mereka untuk turut menunjukkan kasih sayang buat kucing-kucing terbiar yang lapar dan dahaga


Untuk rekod, sebelum ini maklumat pasangan daif telah saya panjangkan ke pengetahuan JKM Wilayah. Hasilnya, pasukan mereka telah melaksanakan gerak kerja yang sempurna. Pasangan daif telah mendapat bantuan bulanan sebanyak RM160.00 (April 2013 sehingga Mac 2014). Namun secara matematiknya, jumlah ini masih kecil dan tidak memadai untuk membolehkan mereka menyambung nyawa di kota metropolitan


Berdasarkan justifikasi, saya menuntut pasangan daif ini dinilai untuk

  1. Bantuan Belanja Bulanan
  2. Bantuan Sewa Rumah
  3. Bantuan Cermin Mata
  4. Bantuan Menyelesaikan Hutang

Surat dikemukakan seperti dibawah,







“Keadilan buat rakyat, keadilan jua milik abadi sang haiwan”

Presiden AAT