Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,
Pada 21 Dec 2012 (Jumaat) yang lalu, saya telah memberitahu wartawan NST bahawa saya akan menyerahkan kertas kerja kepada JAKIM yang bertajuk, BAGAIMANAKAH ORANG-ORANG ISLAM BOLEH MEMANFAATKAN ANJING? ~ lihat sini Together with his 15-man team, Sharul is putting together a working paper on ways to make the canines useful to society . Saya dilatih untuk melaksana terhadap apa yang dikata. Ianya selaras dengan keteguhan prinsip iaitu, PERJUANGAN ADALAH MELAKSANA KATA-KATA!
Syukur Alhamdulillah, input saya itu diterima, difahami, dinilai, dan dibincangkan.. Dan akhirnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyusun panduan seperti dibawah
- Harus memanfaatkan anjing dalam suasana tertutup dan terkawal
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan berburu
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga ladang ternakan
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga ladang tanam-tanaman
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga rumah
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga premis kilang
- Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga harta benda
Namun, penggunaan anjing sebagai anjing pemandu @ guide dog TIDAK DIHARUSKAN. Untuk menjadikan anjing itu sebagai guide dog di Malaysia, keilmuan itu perlu terlebih dahulu mengambil tempat. Andainya keilmuan masih gagal mengambil tempat, umat Islam di Malaysia akan bergaduh sesama sendiri, dan akhirnya berpecah belah hanya kerana kontroversi anjing!
Dokumen JAKIM dikemukakan seperti dibawah
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Berdasarkan trend semasa, AAT adalah satu-satunya NGO Haiwan yang mempertahankan survival kucing dan anjing tanpa membinasakan syariat. Nukilan ilmu dan sususan panduan akan dijadikan rujukan kepada AAT untuk meneruskan perjuangan
Sususan panduan ini wajar digunakan oleh pasangan Melayu Islam yang memelihara terlalu banyak anjing di Alor Setar, Kedah
Sesungguhnya tiada apa-apa matlamat yang boleh mengatasi syariat!
Sekian, terima kasih
Presiden AAT