Sebelum ini, saya ada menyiarkan artikel PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES) DENGAN CARA MEMBALING OBJEK TERHADAP KUCING
Pada Selasa, 19 March 2013 sepasukan Penguatkuasa DVS Selangor telah menggempur lokasi suspek penjenayah haiwan seperti alamat berikut:
PENGEDAR CAT MCI PAINT
NO 12, JALAN USJ 8/2 A,
47620 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Pada pagi Rabu, 20 March 2013 tepat jam 952 PM, saya menerima panggilan daripada Pegawai Penguatkuasa DVS Selangor. Beliau memaklumkan, pasukannya telah turun ke lapangan bagi menjana operasi. Dimaklumkan, pihak-pihak berkenaan termasuk Taukeh Kedai telah diberi amaran keras.
Pegawai DVS tersebut bertanya saya, Apakah saya boleh mendapatkan kucing yang menjadi mangsa kezaliman haiwan itu? Saya jawab, kucing itu adalah kucing liar. Dan buat masa ini, kucing tersebut tidak ada bersama saya. Pegawai DVS menambah lagi bahawa, untuk membolehkan kertas siasatan dibuka dan seterusnya ke proses pendakwaan, pengadu perlu mengemukakan bukti. Dan bukti tersebut adalah batang tubuh kucing
Atas dasar itu, saya pun call budak-budak rempit sekitar USJ, Subang Jaya supaya menjejaki kucing tersebut semampu-mampunya. Sekitar jam 950 PM, saya diberi maklumat bahawa kucing tersebut dilihat terbaring diatas kaki lima
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Oleh yang demikian, saya pun bergegas ke lokasi kucing. Selepas itu, saya mengangkat kucing dan membawanya masuk ke dalam carrier.
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Saya telah membuat pembersihan asas terhadap kucing ini. Status terkini, kucing tersebut selamat dibawah jagaan saya.
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Saya akan menghubungi Penguatkuasa DVS Selangor pada bila-bila masa untuk menyerahkan kucing ini. Oleh yang demikian, proses siasatan dan seterusnya proses pendakwaan boleh dilaksanakan sesempurna mungkin
SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA!
Sekian, terima kasih
Presiden AAT