Hari ini aku ke UNIKL KUALA LUMPUR. Tujuan aku kesana berkaitan kerja hakiki. Daripada MENARA MAJU HOLDINGS, aku berjalan kaki menuju UNIKL. Sebaik sahaja melepasi WISMA JOBSTREET, terbentang kujur jasad persisnya anjing.
Aku berhentikan langkah. Dan aku dapati, anjing ini dibunuh dengan amat kejam sekali! Kepala anjing disarungkan plastik. Manakala, tangan kirinya diikat dengan tali rafia. Jiwaku hancur! Hatiku runtuh! Aku menangis teresak-esak. BANGSATNYA MANUSIA KITA DI MALAYSIA! Mengapa anjing ini diperlakukan kejam sedemikian rupa? Aku menadah tangan dan memohon bantuan daripada Yang Esa. Laknat dan hancurkanlah penjenayah haiwan sekelip mata!
Mayat anjing terbungkang dihadapan WISMA JOBSTREET
Alamat WISMA JOBSTREET ditunjukkan seperti dibawah
JobStreet.com Sdn Bhd
Wisma JobStreet.com
27 Lorong Medan Tuanku 1
(Off Jalan Sultan Ismail)
50300 Kuala Lumpur
SELURUH DUNIA SUDAH TAHU... MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ADALAH NERAKA BUAT SELURUH KETURUNAN ANJING!
Ini tawaran Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Sesiapa yang dapat mengemukakan bukti/saksi terhadap kes pembunuhan anjing diatas, dan bukti/saksi ini membawa kepada pertuduhan dan pendakwaan... AAT menawarkan ganjaran sehingga RM3000 kepada pemberi maklumat.
-Puisi Buat Sang Anjing-
Aku mendekam dalam gugusan matahari
Lapar dahaga selalu tidak dipeduli
Disepak diterajang, aku sudah lali
Dan ada baiknya, biarlah aku pergi!
Aduan kezaliman haiwan telah dipanjangkan kepada Penguatkuasa, DVS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, 3 April 2013
Sekian, terima kasih
Presiden AAT