Wednesday, 12 June 2013

Mereka Bela Kucing, Mereka Sayang Anjing. Tapi Mereka Tetap Jahat!

Kesedaran menyayangi haiwan menunjukkan peningkatan. Ini diakui oleh semua pihak termasuk Pak Mat Kengkang serta Mak Leha Si Janda Karipap. Ada yang pelihara kucing sampai 40-60 ekor. Ada pulak sampai lebih 150 ekor. Tidak cukup dengan itu, makhluk anjing pun sudah diterima ramai dikalangan orang-orang Melayu. Syukur alhamdulillah. Semua accomplishment ini, ke arah membentuk jiwa manusia yang mulia.


Ini yang biasa aku dengar. Kalau manusia itu mempunyai haiwan yang agak banyak.. maka dengan senang hatinya kita mudah menganggap mereka itu, golongan manusia yang baik-baik. Aku nak tanya.. Apakah benar mereka itu manusia-manusia baik? Dan jawapannya, BELOM TENTU!

Disebalik kisah menyayangi haiwan, mereka-mereka itu sebenarnya adalah JAHAT. Kenapa mereka JAHAT? Sila semak dibawah,

  1. Kucing dibela berpuluh-puluh, tetapi najis kucing berselerak sana sini!
  2. Anjing banyak kat rumah, tetapi sangat sombong dengan jiran tanpa sebab!
  3. Bilangan kucing semakin bertambah. Sepatutnya, carilah kerja sampingan. Maka, wang itu boleh digunakan untuk anak-anak bulu. Ini tidak! Semakin banyak kucing kat rumah, semakin mereka itu menjadi muka tak tahu malu. Mintak sahaja kerjanya. Bulan ni mintak. Bulan depan mintak. Bulan lagi satu mintak.. Woi celaka! Yang betolnya, bukan mintak..mintak..mintak dan terus mintak. Tetapi kenalah mencari!
  4. Punyalah sayang kat anjing. Tetapi bila anjing beri mudarat, mereka tak mahu ikut undang-undang. Mereka gagal come forward. Mereka tak mahu ambil tanggungjawab. Apa yang mereka tahu cuma, fitnah, menipu dan hamun orang. Bangsat punya manusia! 
  5. Tak habis-habis cakap kami sayang kat kucing. Kami sayangkan anjing. Tapi kalau kamu kurung mereka, kamu ikat mereka sampai 3-4 bulan tanpa kebajikan.. Ada baiknya, kamu mati kemalangan jalan raya!

Ok gua blah dulu. Sekian, terima kasih


Presiden AAT