Thursday 4 July 2013

Nampak Benar, PDRM Begitu Mahu Ke Persada Dunia!

Pada masa kini, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebajikan haiwan sangat meningkat. Oleh yang demikian, jika adanya apa-apa peristiwa terhadap haiwan, pencinta haiwan akan pantas memberi maklum balas.

Saya ada menerima maklumat dimana seorang anggota trafik di Pulau Pinang, begitu menyantuni sang anjing. Peristiwa berlaku di Jalan Macalister. Senario menunjukkan sang anjing mahu melintas jalan. Akibat jalan yang sesak, sang anjing tidak dapat melintas. Akhirnya, terbitlah khabar gembira. Seorang anggota trafik dan En Christophomos dilihat bekerjasama membantu sang anjing menyeberangi jalan dengan selamat.



Cerita diatas menerbitkan seribu pencawarna. Ketahuilah, seluruh rakyat Malaysia terutamanya pencinta haiwan tersangat gembira. Ada diantara kami, mengalirkan airmata. Sungguh menginspirasikan! Bagi pihak persatuan, saya mengalungkan seribu penghargaan. Nampak benar, PDRM begitu mahu ke persada dunia.

Sekian, terima kasih

Presiden AAT