Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,
Animal lover pelbagai kaum seringkali mengaitkan JamilKucing dengan penderaan haiwan. Namun entah dimana kecuaiannya, Penguatkuasa PERHILITAN Kuala Lumpur dan juga Penguatkuasa DVS Kuala Lumpur seringkali berdepan kegagalan! Jika ini kecuaiannya, wujudlah apa-apa undang-undang baru buat haiwan sekalipun!, ianya tetap akan dilingkupkan dan dikhianati oleh manusia penguatkuasa!
JamilKucing seringkali didakwa
- Memukol 2 ekor beroknya secara kerap. Termasuk memukol dengan senduk dan kayu!
- Memukol kucing-kucingnya, termasuk menghempas ke lantai!
- Membunuh 2 ekor kucing dengan cara yang amat zalim!
KELIHATAN BEROK INI TERCEDERA DI DAHI!
Kerakusan JamilKucing mendera haiwan, mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghalalkan JamilKucing menyakiti kucing seperti gambar dibawah
Saksi di video telah menyaksikan 'Bagaimana JamilKucing memukol berok dengan kayu, dan Bagaimana JamilKucing membunuh 2 ekor kucing?'. Saksi ini bernama Amirul. Beliau adalah anak angkat kepada JamilKucing. Beliau pernah tinggal serumah bersama JamilKucing selama lebih kurang 10 tahun. Akhirnya Amirul lari daripada rumah kerna dipercayai tidak sanggup melihat kezaliman haiwan yang berlaku hampir setiap minggu!
MOHON KUATKAN SUARA UNTUK MENDENGAR PENDEDAHAN!
Untuk rekod, saya telah membuat Aduan Kezaliman Haiwan berkaitan JamilKucing sebanyak 2 kali! Aduan-aduan itu ditunjukkan seperti dibawah
- 29 Oct 2012 (Isnin)
- 3 May 2012 (Khamis)
Aduan-aduan ini dihalakan kepada PERHILITAN Kuala Lumpur dan Penguatkuasa DVS Kuala Lumpur. Saya mencabar dan mengalu-alukan kedua-dua autoriti ini untuk mengesahkan aduan yang telah dibuat oleh pihak saya
Keputusannya, majoriti animal lover termasuk saya sangat kecewa dengan tindakan penguatkuasaan yang sangat lemah!
Saya akan membuat Aduan Kezaliman Haiwan buat kali yang ke 3. Andai JamilKucing masih lagi bebas dan terus rakus menzalimi haiwan, saya dan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) akan membuat Sidang Media Khas. Sidang Media Khas ini bukan untuk JamilKucing, tetapi untuk membongkarkan betapa lemahnya, betapa cuainya Penguatkuasa PERHILITAN dan Penguatkuasa DVS di Malaysia! Begitu mengaibkan!
SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA!
Presiden AAT