Friday, 22 February 2013

Tempoh Untuk Pak Mi Dan Anak-Anak Bulunya Bakal Tamat Pada Selasa, 30/7/2013

Survival Pak Mi dan anak-anak bulunya bergantung kepada gabungan 2 entiti. Entiti itu adalah

1- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
2- Indah Water Konsortium (IWK)

- MBAS adalah penguatkuasa bagi Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi Seksyen Kacau Ganggu.



- Manakala IWK adalah pemilik tanah yang mana mereka mendakwa Pak Mi menceroboh tanah milik mereka.

MBAS melalui Datuk Bandarnya memberi tempoh sehingga Selasa, 30/7/2013. Ini bermakna Pak Mi harus memindahkan seluruh anak-anak bulunya ke penampukan baru. Penampukan semasa diberitakan telah melanggar beberapa syarat rundingan. Antara syarat yang kerap dilanggar adalah kebersihan dan perlesenan. NGO Haiwan, animal activist dan pencinta haiwan kerap make noise bagi memastikan survival anak-anak bulu terus kekal. Namun, perlulah diingat Persatuan Penduduk serta rakyat jelata juga banyak mengadu kepada MBAS tentang masalah kebersihan dan kebisingan

IWK TIDAK MEMBERI APA-APA TEMPOH untuk memindahkan penampukan Pak Mi dan anak-anak bulunya terhadap tanah yang dicerobohi. Namun berdasarkan rundingan saya bersama mereka pada Khamis, 13 Dec 2012 lalu, pemanjangan tempoh akan diberi berdasarkan usaha Pak Mi untuk memastikan shelternya mempunyai sistem MASUK DAN KELUAR.

Berdasarkan maklumat yang diterima, shelter Pak Mi terus menunjukkan pertambahan bilangan kucing dan anjing. Petunjuk ini bukanlah sesuatu yang sihat

Andai Pak Mi dan anak-anak bulunya gagal berpindah sebelum/pada Selasa, 30/7/2013, maka natijahnya adalah seperti dibawah
1- Struktur binaan akan dirobohkan
2- Seluruh anak-anak bulu akan dirampas, dibawa ke suatu lokasi dan mungkin akan dilupuskan

Walaubagaimanapun, Pak Mi dan animal lover tidak perlu terlalu runsing dan bimbang. Ini kerana survival Pak Mi dan anak-anak bulu akan dipertahankan oleh Jeneral Perang bernama JamilKucing. JamilKucing cukup terkenal, dan amat disegani. Beliau juga diperkuatkan dengan kuncu-kuncu yang kaya-raya, professional, BOLEH BERKORBAN BUAT ORANG LAIN dan SANGGUP TURUN PADANG. Siapa kuncu-kuncu Jamil Kucing. Lihat dibawah,

Pengaruh JamilKucing didalam dunia haiwan juga amat besar. Pengikut JamilKucing juga bertambah setiap hari. Para pengikut JamilKucing BOLEH DIPERCAYAI, BOLEH DIHARAP, BOLEH BERKORBAN DAN SANGGUP TURUN PADANG.  Mereka
1- Akan adopt kucing dan anjing di penampukan Pak Mi bagi menyelamatkan jiwa haiwan
2- Akan mendapatkan sejumlah wang untuk mendapatkan penampukan baru buat Pak Mi
3- Akan TURUN PADANG untuk berunding dengan pihak berkuasa
4- Akan TURUN PADANG untuk berdemo bagi menghalang pihak berkuasa membuat perobohan
5- Sanggup ke penjara untuk nyawa Pak Mi dan nyawa anak-anak bulu

Berikut merupakan pengikut JamilKucing yang BOLEH DIPERCAYAI, BOLEH DIHARAP, BOLEH BERKORBAN DAN SANGGUP TURUN PADANG
5- Hartawan Desmond Kumar. Saya dimaklumkan, beliau adalah individu yang bertanggungjawab bagi mencari sebidang tanah buat Pak Mi dan anak-anak bulu ~ http://i.imgur.com/nvNpyRD.jpg
6- 2 lagi tangan ghaib yang akan saya dedahkan kemudian

Saya dan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) TELAH TURUN PADANG DAN TELAH BERKORBAN PULUHAN RIBU untuk mempertahankan survival Pak Mi sehingga waktu ini. Apa yang kami telah lakukan. Kami berunding, kami melobi, kami cadangkan penyelesaian dan kami tebalkan muka untuk survival Pak Mi dan anak-anak bulunya

1- Bersama Pengarah DVS Kedah ~ http://i.imgur.com/JIgNA8N.jpg
2- Bersama Datuk Bandar Alor Setar - Dato' Hj Mat Noh Ahmad ~ http://i.imgur.com/MtWoF6i.jpg
3- Bersama YB Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Johari Baharum. Beliau juga adalah Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah ~ http://i.imgur.com/MgXDlug.jpg , http://i.imgur.com/yziCLxC.jpg , http://i.imgur.com/zww0D2N.jpg
4- Solidariti Buat Pak Mi ~ http://imgur.com/a/AxtzU

Kami berkorban semampu-mampunya. We got nothing for this!

Waktu semakin menginjak menuju Selasa, 30/7/2013. Dan begitu ramai rakyat Malaysia menaruh kepercayaan terhadap JamilKucing, kuncu-kuncu dan para pengikutnya UNTUK TURUN PADANG.

TURUN PADANG ADALAH PERLU untuk memastikan survival Pak Mi dan anak-anak bulunya tetap dipertahankan selepas Selasa, 30/7/2013

Sekian, tq


Sharul Nizam Ab Rahim
Presiden AAT