Seperti diketahui umum, aku juga kerap memberi makan minum buat sang haiwan jalanan. Didalam menjalankan aktiviti ini, ada ketika khabarannya enak. Ada musimnya, berdepan perkara-perkara sulit. Dan selalunya, mata melihat hati tercedera. Kebanyakkan sang haiwan ini sangat terdedah kepada lapar dan dahaga. Pernah suatu ketika, aku menanggapi 1 kucing yang sangat kurus kelaparan. Sang kucing juga turut alami kecacatan kedua-dua mata. Aku melihat dengan nalar dan hati akan derita yang ditempuhi. Aku menangis seketika.
Keputusannya, aku membawanya pulang. Kucing cacat diberi nama ADI. Sepanjang keberadaannya dirumah, aku menjaga ADI sepenuh hati dengan kasih yang berlimpah. Hari demi hari, minggu demi minggu, kesihatan ADI semakin merosot. Pengulangan ADI ke klinik menjana beban ribuan ringgit. Akhirnya, aku terpaksa menjual barangan peribadi.
Walau pelbagai usaha dibuat, ADI tidak menunjukkan perubahan. Dia sukar bernafas. Dadanya sangat sakit. Kakinya berkejang-kejang. Aku jugak sangat hairan. Walau sakitnya terok, ADI masih kekal bernyawa. Dikala ini, aku pon tidak ada wang lagi. Dan ADI pula bertarung penuh seksa.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk menidurkan ADI. Aku perlu membayar RM40 untuk itu, dan aku membayarnya. Setelah dimasukkan ubat bius secara berlebihan, ADI pon berhenti bernafas. Wajahnya memberi sinar. Dalam kesedihan, aku membawa ADI pulang untuk ditanam dan disejahterakan
Pada malam hari, aku sedikit nanar dan tidur lewat. Dan tidurlah aku kira-kira jam 230AM. Setelah tidur lena, aku bermimpi. ADI terbit didalam mimpi. Dia ucapkan terima kasih. ADI memberitahu aku, tindakan aku menidurkannya adalah keputusan yang sangat tepat. Cumanya didunia, dia tak boleh berbicara. Jika dirinya dibenarkan berbicara, sudah lama ADI meminta dirinya ditidurkan.
Kehidupannya selepas tidur lebih menjanjikan kegembiraan. Tiada kelaparan, tiadanya dahaga, tiada kebencian dan tiada kekejaman. Sebelum lenyap dari mimpi, ADI memberitahu aku, "ADI akan menunggu abang di pintu syurga, walau kiamat itu entahnya bila!"
Kehidupannya selepas tidur lebih menjanjikan kegembiraan. Tiada kelaparan, tiadanya dahaga, tiada kebencian dan tiada kekejaman. Sebelum lenyap dari mimpi, ADI memberitahu aku, "ADI akan menunggu abang di pintu syurga, walau kiamat itu entahnya bila!"
Sekian, terima kasih
Presiden AAT