Friday, 31 May 2013

I NEED SOMEONE WHO CAN DEFEND ME!

Jiwa pencinta haiwan ini terlalu rapuh. Andai melihat kucing, anjing dan lain-lain haiwan dilayan keji mereka sangat mudah terluka. Lalu, pelbagai emosi yang terbit dijagat maya. Biasanya kelompok ini, mereka kerap berseorangan didalam menentang manusia keji. Manakala manusia keji itu bilangan nombornya sangat tinggi. Sedih atau tidak?


Tatkala mereka berseorangan menentang manusia keji, kelompok-kelompok ini membentuk suatu fikiran dimana, I NEED SOMEONE WHO CAN DEFEND ME!

Jika ini kebimbangannya, Tuan/Puan boleh datang kepada Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Dan WE CAN DEFEND YOU! Mari kita sama-sama menentang kejahatan manusia keji. Daftarlah Keahlian dengan kita! Dan kita akan melindungi satu sama lain secara berstruktur dan lebih keberdayaan.

Tanpa mendaftar keahlian, akan timbul satu situasi dimana "Hari ini kita defend Jalil. Esok kita defend Jalil. Esok? Jalil lagi. Minggu depan? Kita ke rumah Jalil lagi. Lusa, kita defend bini Jalil.. Bulan depan pulak.. Jalil lagi.."

Solidariti yang kuat adalah mereka yang melindungi dan berkorban diantara satu sama lain. Dan bukannya SELFISH!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT