Hari ini kucing aku bernama Kakak dilihat menangis. Kakak menangis tersedu-sedu sambil memohon maaf. Ini kerana Kakak terpaksa melepaskan si kecil hitam itu pergi. Si kecil hitam ini telah aku selamatkan kira-kira 3 minggu lalu dikawasan berpanas. Setelah aku membawanya pulang, aku minta Kakak menjadi ibu susuan buatnya.
Tak apalah Kakak. Abang tahu Kakak sedaya upaya menjaga si kecil. Sayang Kakak pada si kecil umpama anak sendiri. Kakak menjadi kebanggaan abang dan menjadi ibu contoh kepada lain-lain kucing
Paling menyedihkan, sewaktu aku nak ambil si kecil untuk dibungkus, Kakak menahan dengan tangannya. Dia seolah-olah tak sanggup berpisah!
*Kakak adalah kucing milik Presiden AAT. Kakak merupakan kucing betina yang baik. Kakak telah dipelihara sejak kecil lagi