Wednesday, 19 June 2013

Pastikan setiap keseksaan haiwan itu adalah masalah besar. Jika sesuai, sensasikan kes itu sampai tertonggeng!

Katakan kita hidup berjiran. Kita memelihara haiwan, jiran kita jugak memelihara haiwan. Namun bezanya, kita pandai, tetapi jiran bodoh! Kenapa jiran kita bodoh?


  1. Kita sayang kucing. Kita punyai jadual melepaskan mereka. Tetapi jiran kita pulak, kurung kucing tapi tidak pernah lansung melepaskan mereka
  2. Kita sayang ibu kucing. Kita pastikan si ibu boleh keluar masuk rumah menyusukan anak-anaknya. Tapi jiran kita pulak, ibu kucing tak boleh masuk dalam rumah untuk memberi susu. Pintu dan tingkap rapat terkunci
  3. Kita sangat kesiankan anjing yang sakit. Walaupun serba kekurangan, kita cuba mengurangi derita mereka. Tetapi jiran kita pulak, anjing yang sakit dilayannya seperti pelacur pakai buang. 
  4. Kita ternampak anjing baru melahirkan baby. Kita pun pastikan, si ibu dan anak-anaknya ada tempat berlindung dan cukup makan minum. Tetapi jiran kita pulak, bila ternampak anjing melahirkan anak disekitar rumah, mereka jadi marah-marah seolah-olah mereka anak-beranak akan mati kemalangan ngeri esok harinya
  5. Kita menyayangi kucing dan anjing. Tetapi kita secara lansung dan secara tidak lansung memotretkan derita buat mereka. Kamu sebenarnya telah mengundang malapetaka!

Jika perkara diatas dilihat didepan mata, masalah itu bukanlah masalah yang kecil. Ianya adalah masalah yang sangat besar. Oleh yang demikian, kita perlu sensasikan kes itu sampai tertonggeng!

Bagi menamatkan derita sang haiwan, putus kawan dan putus saudara pun tak per. Kenapa aku cakap begitu? Apabila kamu berkawan dan bersaudara dengan Iblis, maka kamu harus tamatkan hubungan dengan kelompok Iblis itu dengan serta merta! Dan Insya Allah, kamu serta keluarga kamu akan memperoleh pelbagai macam khabar gembira selepas ini



Sekian, terima kasih

Presiden AAT