Tuesday 5 March 2013

Memakan kucing dan anjing bukan satu kesalahan di Malaysia ~ Masih ramai animal lover mengambil emosi sebagai pemutus bicara

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Masih ramai animal lover di Malaysia yang marah-marah jika mereka mendapati ada manusia di Malaysia ini menjadikan kucing dan anjing sebagai makanan mereka. Lalu, animal lover ini membuat aduan kepada Department of Veterinary Services (DVS). Setelah daripada itu, DVS memaklumkan tindakan pendakwaan tidak dapat dilakukan kerna undang-undang semasa tidak menghalang mana-mana manusia di Malaysia yang memakan kucing dan anjing.

Pada sekitar Sept 2012 lalu, Sinar Harian pernah menyiarkan artikel Pengarah Penguatkuasa DVS, Dato' Hj Mohamed Radzuan Malek. Tajuk artikelnya, Tidak Salah Makan Kucing



Setelah dibaca oleh animal lover, maka bermulalah pesta memaki hamun terhadap penjawat awam itu. Antara maki hamun yang diingati, direkodkan seperti dibawah
  1. Bodoh punya orang tua!
  2. Pakai jer songkok tapi cakap macam bukan Islam! Tukar agama lagi baik
  3. Kalau nak tengok kambing pakai songkok, lihatlah Dato' Radzuan Malek.
Begitulah antara maki hamun yang dihamburkan oleh sebahagian besar animal lover. Mereka bercakap penuh dengan emosi tanpa ada lagi elemen rasional. Pelbagai NGO haiwan di Malaysia, seolah-oleh menghalalkan ketidakfahaman ini. Dengan kata lain, mereka menggalakkan animal lover menggunakan lutut untuk menyayangi haiwan!

Namun tidak bagi saya. Walaupun saya kerap dituduh bodoh oleh beberapa pemimpin NGO haiwan. Tetapi berdasarkan tindakan dan pengorbanan, terbukti saya lebih pandai daripada mereka. Lalu, saya mengambil inisiatif dengan menghubungi Pejabat Pengarah Penguatkuasa DVS di Putrajaya. Saya memberitahu PA Dato' Radzuan, saya ingin bercakap dengannya berhubung isu 'Tidak Salah Makan Kucing'. Berikut merupakan perbualan saya dengan Dato' Radzuan Malek




Secara prinsipnya, saya berpuas hati dengan penjelasan daripada penjawat awam tersebut. Beliau bercakap dengan berpandukan undang-undang semasa. Beliau berhujah dengan baik. Namun, berapa ramai animal lover yang memahami bahawa
  1. Penggubal undang-undang adalah pemerintah
  2. Manakala, penguatkuasa undang-undang adalah penjawat awam
Saya berani bertaruh, tidak ramai animal lover yang memahami 2 perkara diatas. Yang mereka faham cuma, complaint-complaint sampai kiamat. But they do not come forward and do not do something! Bacul punya animal lover!!!

Mana-mana animal lover dan pemimpin NGO haiwan yang masih guna lutut untuk mendapatkan keadilan bagi haiwan, mohon ambil kenyataan dibawah dan fahamkannya

Mengikut subseksyen 44 (1) Animals Act 1953 -

(1) Any person who—
(a) cruelly beats, kicks, ill-treats, overrides, overdrives, overloads, tortures, infuriates or terrifies any animal;
(b) causes or procures or, being the owner, permits any animal to be so used;
(c) being in charge of any animal in confinement or in course of transport from one place to another neglects to supply such animal with sufficient food or water;
(d) by wantonly or unreasonably doing or omitting to do any act, causes any unnecessary pain or suffering, or, being the owner, permits any unnecessary pain or suffering to any animal;
(e) causes, procures or, being the owner, permits to be confined, conveyed, lifted or carried any animal in such manner or position as to subject it to unnecessary pain or suffering;
(f) employs or causes or procures or, being the owner, permits to be employed in any work or labour, any animal which in consequence of any disease, infirmity, wound or sore, or otherwise is unfit to be so employed; or
(g) causes, procures or assists at the fighting or baiting of any animal, or keeps, uses, manages, or acts or assists in the management of any premises or place for the purpose, or partly for the purpose, of fighting or baiting any animal, or permits any premises or place to be so kept, managed or used, or receives or causes or procures any person to receive, money for the admission of any person to such premises or place, shall be guilty of an offence of cruelty and shall be liable to a fine of two hundred ringgit or to imprisonment for a term of six months or to both.

(2) For the purposes of this section an owner shall be deemed to have permitted cruelty within the meaning of this Part if he shall have failed to exercise reasonable care and supervision in respect of the protection of the animal from cruelty

Provided that where an owner is convicted of permitting cruelty within the meaning of this Act by reason only of his having failed to exercise such care and supervision, he shall not be liable to imprisonment without the option of a fine.

(3) Nothing in this section shall apply to the commission or omission of any act in the course of the destruction, or the preparation for destruction, of any animal as food for mankind, unless such destruction or such preparation was accompanied by the infliction of unnecessary suffering.


Jika tiada peruntukkan undang-undang untuk menghalang makan kucing anjing di Malaysia, jadi apa yang kita boleh buat?
Jawapan: DEMO besar-besaran atau buat huru hara siang malam sampai subuh di hadapan Pejabat Menteri Pertanian & Industri Asas Tani!


Bagaimana nak buat aduan jika ternampak ada manusia makan kucing anjing di Malaysia?
Jawapan: Buat aduan dengan mengemukakan fakta dimana pemakan kucing anjing memukul, mencedera dan membunuh kucing anjing secara zalim semasa mematikan mereka!


Sekian, tq

Sharul Nizam Ab Rahim
Presiden AAT
*dibantu oleh Penasihat Undang-Undang, Zuhairi Dato' Khairuddin