Kira-kira jam 453PM, saya menerima panggilan telefon daripada Johor. Pemanggil adalah seorang wanita. Namanya, Puan Azuna. Beliau meminta saya berbuat sesuatu untuk tamatkan keseksaan anak-anak kucing! Diakhir perbualan, saya meminta beliau kemukakan aduan. Dan aduannya seperti dibawah,
Assalamualaikum Encik Sharul Nizam Ab Rahim.
Saya nak buat aduan mengenai kucing-kucing yang dikurung di sebuah bilik (katanya bilik air) di tingkat bawah di flat saya menginap. Pada awalnya , kucing ini telah melahirkan anak2nya di premis gunting rambut, lalu dialihkan ke bilik ini . Saya telah bertanya kepada tukang gunting itu kenapa dikurung kucing2 ini. Jawapannya, takut anak2nya diambil orang kerana masih menyusu. Saya tak ingat tarikhnya.
Sehingga kini saya melihat kucing2 itu masih dikurung. Semalam hari Selasa 16/4/2013 anak saya Nur Aishah binti Mohamad Nor telah berjumpa dengan isteri tukang gunting nak meminta kunci bilik itu untuk melihat kucing2 itu tetapi tidak diberi. Berlaku sedikit salah faham . Anak saya ada membuat rakaman perbualan dan akan diberi jika diperlukan.
Saya tidak suka binatang dikurung apatah lagi tanpa peranginan yang betul (proper ventilation). Di situlah kucing2 itu buang air, makan dan tidur. Kalaulah yang mengurung kucing2 itu di buat sedemikian, bagaimanalah rasanya!
Video tentang perkara ini boleh dilihat di facebook SPCA JOHOR BAHRU
Nama Pengadu: Azuna binti Omar
No telefon bimbit: 012-7445675
Lokasi: Tingkat bawah, Pangsapuri Sri Pahlawan A, Jalan Bendahara, 80100 Johor Bahru, Johor.
Nama yang mengurung : Suami ( Tak pasti nama ) (ada kedai gunting rambut di Tingkat Bawah Sri Pahlawan A)
Nama Isteri Ya Mengurung: Nor Jannah (Ada kedai runcit bersebelahan kedai gunting)
Saya membuat laporan ini kerana tidak suka kucing2 ini dikurung . Ada hari bila mereka tidak datang untuk membuka kedai , maka kucing2 itu tidak diberi makan pada hari tersebut. Saya bertanggungjawab di atas aduan ini.
Oleh yang demikian, DVS Johor wajib tamatkan keseksaan anak-anak kucing. Jika berlaku kezaliman fizikal atau mental haiwan, DVS Johor perlu menyiasat dengan teliti dan mohon dipastikan penjenayah haiwan diheret ke mahkamah
Sekian, terima kasih
Presiden AAT