Monday, 23 June 2014

PENGUATKUASA DVS SELANGOR YANG TIADA TRUSTWORTHINESS

 
Rujukan: AAT/DVSPUTRAJAYA/0614/002
Tarikh: 23 Jun 2014

Y.H Dato' Dr Azmie Zakaria
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Putrajaya, Malaysia

YH Dato',

PER: PENGUATKUASA DVS SELANGOR YANG TIADA TRUSTWORTHINESS

Sikit masa lalu, AAT ada mengirim surat kepada Ketua Penguatkuasa DVS Selangor pada 17 Jun 2014 (Selasa). Surat adalah berujukan - AAT/DVSSELANGOR/0614/001.

2. Tindakan operasi telah dibuat pada 20 Jun 2014 (Jumaat). Namun demikian, tiada tindakan significant yang telah diambil. Ini kerana - Tuan anjing tiada dirumah. Penguatkuasa memaklumkan kepada Pengadu / Saksi - XXXXXXXXXXXX, bahawa mereka akan kembali membuat operasi pada 22 Jun 2014 (Ahad). Keputusannya - Mereka tidak kembali untuk membuat tindakan. Pada tahap ini - Percakapan Penguatkuasa DVS Selangor tidak boleh dipercayai.

3. AAT menuntut penjelasan terhadap operasi penguatkuasaan yang disifatkan sebagai LEMAH. Kami dididik dan mesti akur dengan terma - Tuan anjing tiada dirumah, maka tiada tindakan yang boleh diambil kecuali MENGIRIM NOTIS. Berdasar fakta - Anjing malang terus berada disitu tanpa apa-apa pembelaan terhadapnya. AAT begitu menghormati rantaian bukti sepertimana kehendak Pegawai Penyiasat. Dan jika inilah cara mereka mendapatkan bukti secara cekap - Saya doakan mereka supaya cepat dinaikkan pangkat. Ini kerana mereka tidak lagi berminat dengan kerja-kerja dilapangan kecuali melaksana kerja-kerja bertaraf pejabat.

Sekian untuk tindakan