Pada masa kini, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebajikan haiwan sangat meningkat. Oleh yang demikian, jika adanya aktiviti rakus menangkap dan melupuskan haiwan seperti kucing dan anjing, pencinta haiwan akan melantangkan suara mereka. Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) ada menerima aduan daripada seorang pencinta haiwan yang menetap di USM. Pencinta haiwan ini menzahirkan kesedihan. Aktiviti murninya, seringkali ditekan dan dibuli oleh manusia bernama Prof Madya Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim (School of Chemistry).
Adalah benar, kesuburan terlampau kucing berpotensi membuka ruang kepada kacau ganggu. Namun, seorang Prof Madya gagal menggunakan otaknya untuk mengambil tindakan berteraskan kebajikan haiwan. Apa yang beliau tahu adalah TANGKAP DAN BUANG! Nampaknya, keilmuan yang beliau miliki lansung tidak menyumbang kepada proses mentamadunkan negara. Saya mohon kebenaran untuk ketawa berguling-guling. Sepanjang saya berjuang mempertahankan survival haiwan di Malaysia, inilah kali pertama saya mendengar seorang Prof Madya bersikap komunis terhadap kucing! Sungguh mengaibkan
Penyelesaian kepada kesuburan terlampau kucing BUKANNYA TANGKAP DAN BUANG! Ini cara komunis. Penyelesaian significant kepada masalah diatas adalah menerusi tindakan memandul dan melepaskan. Perlulah diketahui, hayat seekor kucing jalanan tidaklah selama mana hayatnya seorang Prof Madya. Oleh yang demikian, selagi tidak membinasakan USM, pihak universiti wajar membenarkan kucing-kucing berkongsi ruang hidup dengan manusia. Oleh yang demikian, USM tidak akan dilabel oleh pencinta haiwan di seluruh Malaysia sebagai Pusat Ilmu Yang Paling Membenci Haiwan di dunia. Berhentilah berkelakuan jijik dan hodoh!
AAT adalah NGO haiwan yang selalu mengutamakan rasional apabila berdepan dengan beberapa tindakan pemutus terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Ianya sejajar dengan salah satu matlamat AAT iaitu memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan survival haiwan dan survival pemilik haiwan
Tanpa membongkar kemungkaran, USM masih lagi dilihat sebagai antara pusat ilmu yang paling agung di Malaysia. Atas dasar tersebut, USM wajar mengekalkan momentum sang juara! SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA. Kami sanggup bekerjasama dengan pihak universiti untuk mencari alternatif lain bagi mengelakkan penangkapan, pembuangan dan pelupusan haiwan itu sebagai pilihan yang pertama
Surat AAT kepada Naib Canselor USM dikemukakan seperti dibawah
Sekian, terima kasih
Presiden AAT