Tuesday, 20 May 2014

Diriku setaraf najis!

15 Dec 2013 (Ahad)

Perjalanan aku ke Pudu bagi menjejak Izam EYE bertukar tragedi. Aku gagal berjumpa beliau. Menurut peniaga disitu, mungkin beliau dah tak meniaga kat situ lagi. Aku cuma dipertemukan dengan Kedai Haiwan Pudu yang berlaku zalim terhadap arnab.


16 ekor arnab dilonggokkan dalam 2 buah sangkar yang sangat sempit sehingga berlaku kematian arnab kerana suffocation. Kebajikan lain-lain haiwan menyerupai Iblis!


Aku ambil keputusan untuk membeli kesemua 16 arnab termasuk sangkar-sangkar, bekas makanan, dan bekas minuman. Arnab yang mati pun aku beli sekali. 1 ekor arnab, aku perlu membayar RM35. 3 buah sangkar (1 sangkar baru) berharga RM150. Total aku perabis duit adalah - RM710. Aku membeli kerana ingin mendapatkan bukti bagi membuat Aduan Kezaliman Haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 
Lain-lain gambar - Click Sini


Taukeh kedai bernama En Suria (010 2171100). Beliau berkuturunan India. Untuk mengelakkan kutukan berbaur rasis, saya sarankan Animal Lover berkuturunan India buat panggilan dan beri tekanan padanya.

2 pekerja kedai adalah 2 budak Melayu bernama Irfan (017 2696265) dan Arip (011 23765410). Hari ini merupakan hari pertama mereka bekerja. Kerja kedai haiwan, tapi TAKUT dengan haiwan! Punyalah bahalol si Suria ni didalam mengambil orang untuk bekerja. Aku dah basuh mereka cukup-cukup!

Untuk membawa balik 3 sangkar arnab dan 16 ekor arnab - tiada satu Teksi pun yang sudi! Punyalah bangsat pemandu Teksi sekitar Pudu ni. Patutlah hidup mereka banyak yang merempat. Lepas tuh nak salahkan Kerajaan tak nak bantu. Pttttttuuiiiiiiii!

Akhirnya, aku mohon bantuan daripada Balai Bomba & Penyelamat Pudu. Aku perkenalkan diri sebagai President AAT kepada En Abu Hassan Abdul Rahman (012 5645087). Beliau adalah anggota bomba bertaraf Penyelia. Rasanya beliau pernah dengar keceluparan Presiden AAT. Dan beliau pon sudi membantu tanpa banyak tanya.


 
Lain-lain gambar - Click Sini


Tepat jam 800PM, 15 arnab & 1 'jenazah' arnab telah selamat berada di rumah aku. Esok, aku akan menulis surat kepada DVS Kuala Lumpur. Setelah bukti diperoleh, aku akan buka adoption. Jika tiada yang berminat, aku akan buat pelupusan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
*Kredit - Perkataan 'jenazah' arnab dipinjam daripada seorang selebriti haiwan. Jika JAKIM kata tak boleh, baru aku akan edit!


17 Dec 2013 (Selasa)

Kira-kira jam 1000AM, Pasukan Penyiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar, KL hadir ke rumah saya untuk mengambil beberapa bukti. Hasilnya, 2 'jenazah' arnab telah di sita untuk dibuat ujikaji kezaliman. Kerja-kerja teknikal kezaliman haiwan akan dibuat oleh Doktor Veterinar DVS KL bernama Dr Syazwan.


Arnab telinga putus tak dapat diambil pada hari ini kerana, DVS KL kekurangan resources untuk membuat simpanan. Sebelum ini, kes-kes hanya tertumpu kepada kucing & anjing. Segala dapatan, akan dipanjangkan oleh AAT kepada YB Menteri untuk memastikan Pasukan Penguatkuasa diberi peruntukkan besar bagi menyempurnakan tugas bertaraf dunia.

Saya memuji Pasukan Penyiasat DVS KL kerana telah memuaskan hati saya didalam menyiasat kes.


Kini bertumpu pula kepada

 1- Dr Syazwan untuk membuat laporan teknikal berhubung kezaliman arnab
 2- Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk memastikan kes boleh 'sangkut' atau tidak.

 
Lain-lain gambar - Click Sini


Seandainya kes tak boleh 'sangkut', seluruh animal lover Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Bidayuh, Dayak, Iban, Dusun dan lain-lain - MESTI TURUN UNTUK BERDEMO untuk membantah kelemahan orang-orang di Jabatan Peguam Negara (AG).

Untuk rekod - Penguatkuasa DVS (N), Dr Haiwan (G) dan Timbalan Pendakwa Raya (L).


20 May 2014 (Selasa)

 
Keputusan Akhir - DVS Kuala Lumpur memberitahu, KES TIDAK BERJAYA DI TUDUH!


Sekian, terima kasih