Friday 10 May 2013

MULA-MULA ZALIM TERHADAP KUCING, LEPAS TUH MENINDAS ANJING, SEKARANG KAMBING PULAK?

Malaysia, Australia siasat dakwaan kekejaman terhadap kambing

PUTRAJAYA 10 Mei - Malaysia sedang bekerjasama dengan Australia bagi menyiasat dakwaan kekejaman terhadap kambing dari negara itu yang dieksport ke negara ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, jabatan itu telahpun menerima video yang didakwa menunjukkan kekejaman tersebut semalam dan masih menjalankan siasatan mengenainya.



"Penyiasatan sudah bermula dan kita sedang meneliti kesahihan video ini dan jika benar, di mana ianya berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr. Abd Aziz berkata, maklumat awal mendapati perkara itu berlaku di sekitar negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan lanjut akan diberi pada sidang akhbar Isnin ini.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut Department of Agriculture and Fisheries (DAFF) dan wakil industri eksport ternakan Australia sedang menyiasat dakwaan kekejaman itu.

Ia berikutan klip video yang dikatakan memaparkan kekejaman tersebut yang dibekalkan oleh pertubuhan hak haiwan, Animals Australia. - BERNAMA

Sumber - Utusan Malaysia




Saya menyakini, tidak lama lagi Malaysia akan berdepan bala yang sangat besar! Ini kerana kezaliman haiwan dihalalkan untuk berlaku di negara ini. Wahai sang Garuda, datanglah melindungi saudaramu! Undang-undang haiwan dan pegawai penguatkuasa tidak boleh diharap lagi!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT