Friday, 12 April 2013

AAT BAKAL KE LADANG BABI!

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pertengahan Mac lalu, saya ada menyatakan hasrat untuk melawat mana-mana Ladang Babi. Hasrat ini dinyatakan kepada Pegawai Veterinar bernama Dr Kuneswary, kuneswary@dvs.gov.my . Hasrat itu dinyatakan seperti dibawah:-

Salam 1Malaysia,


Berdasarkan perbualan telefon, saya telah menyatakan hasrat untuk melawat mana-mana Ladang Babi yang berhampiran. Adalah sangat dialu-alukan jika kami pihak Seksyen Babi, DVS membawa kami ke sana. Ini kerana pihak DVS mungkin lebih mempunyai kenderaan yang sesuai untuk memasuki ke Ladang Babi


Kami adalah NGO Haiwan yang berteraskan umat Melayu Islam. Salah satu matlamat AAT adalah Menjana kesedaran rakyat terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan ~ rujuk sini, Matlamat AAT


Sebelum ini kami telah membuat banyak kunjungan ke shelter-shelter anjing. Dan yang terbaru, kami telah berkunjung ke shelter Pak Mi di Alor Setar, Kedah. Pak Mi adalah orang Melayu. Beliau seorang Melayu yang melindungi lebih kurang 450 ekor anjing.

Tujuan kunjungan ke Ladang Babi untuk membuat public awareness. Public awareness sebelum ini telah banyak yang berjaya. Hasilnya, orang-orang Melayu yang menunjukkan kasih sayang buat anjing juga telah menunjukkan peningkatan. Manakala sikap anti-anjing dikalangan orang-orang Melayu menunjukkan penurunan

Now, kami nak buat terhadap makhluk babi pula. Sesungguhnya Babi juga adalah ciptaan Tuhan yang Maha Agung.

Pada 22 Mac 2013 (Jumaat), hasrat itu dibalas melalui sepucuk surat seperti dibawah,

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Antara nasihat yang diberikan oleh Jabatan Veterinar (DVS) ditunjukkan seperti dibawah,

  1. Pihak luar tidak digalakkan masuk ke Ladang Babi atas sebab-sebab biosekuriti. Antaranya adalah kesihatan ternakan dan jangkitan penyakit
  2. Namun, DVS tidak menghalang lawatan sekiranya ada keperluan mendesak! DVS meminta AAT menghubungi Unit Babi, DVS dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternakan Malaysia (FLFAM)


Oh begitu ceritanya. Aku ingatkan, babi jer yang boleh menjangkiti manusia. Berdasarkan penjelasan, manusia juga boleh menjangkiti babi!

Walaubagaimanapun, aku masih meyimpan hasrat untuk melawat mana-mana Ladang Babi.



YANG HARAM CUMA MAKAN BABI. BUKAN MELAWAT BABI!


Sekian, terima kasih

Presiden AAT