Tuesday, 9 April 2013

BERKAITAN PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES), FASA PENYIASATAN TELAH BERMULA!

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum ini saya ada menyiarkan artikel,

  1. PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES) DENGAN CARA MEMBALING OBJEK TERHADAP KUCING ~ 15 March 2013 (Jumaat)
  2. PENGUATKUASA DVS SELANGOR MENGGEMPUR LOKASI SUSPEK PENJENAYAH HAIWAN DI USJ 8, SUBANG JAYA ~ 20 March 2013 (Rabu)
Sukacita dimaklumkan, Fasa Penyiasatan telah bermula. Pada Jumaat ini, 12 April 2013 saya akan dipanggil untuk diambil keterangan

Untuk memahami bagaimana kes kezaliman haiwan itu disiasat, mohon rujuk Cartalir dibawah



Setelah melihat Cartalir diatas, Saya minta rakyat beri ruang masa yang cukup untuk DVS dan Pejabat Peguam Negara bekerja. Kertas siasatan yang berkualiti, pasti mengheret penjenayah haiwan ke mahkamah!

Penguatkuasa DVS Negeri yang paling sibuk sekali di Malaysia adalah Penguatkuasa DVS Selangor. Kekuatan pegawai dan anggota mereka hanya 14 orang sahaja. Dan inilah angka untuk cover seluruh Selangor. Aktivis haiwan dan NGO Haiwan wajar mendesak pemerintah supaya menambah angka ini ke suatu angka yang significant!

Buat mana-mana manusia yang bahalol! Dengar sini baik-baik. 
  1. Jika kamu memaki hamun haiwan (infuriates), maka kamu boleh didakwa mengikut Akta Binatang 1953 (Semakan 2006)
  2. Jika kamu menakutkan haiwan (terrifies), maka kamu boleh didakwa mengikut Akta Binatang 1953 (Semakan 2006)

SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT