Friday, 19 July 2013

WAHAI KERAJAAN, INI YANG KAMI MAHU!

Ramai pencinta haiwan mahu rescue. Namun selalu kesempitan wang! Wahai kerajaan, ini yang kami mahu

1- Pemberian geran tahunan kepada NGO Haiwan. Terutamanya yang mengoperasikan shelter
2- Subsidi terhadap rawatan dan pemandulan kucing anjing di pelbagai klinik haiwan swasta terpilih
3- Memperkasakan klinik haiwan kerajaan yang HIDUP SEGAN MAMPOS TAK MAHU!
4- Memanfaatkan tanah rezab terbiar untuk dijadikan shelter
5- Kawalan terhadap harga makanan haiwan, pasir sanitasi dan pelbagai aksesori
6- DVS Seluruh Negeri menjalin kerjasama dengan NGO Haiwan yang memandulkan strays
7- DVS menubuhkan Pusat Melatih Anjing
8- Mewujudkan pusat perlindungan haiwan sementara di Balai-Balai Polis dan IPD terpilih
9- Menaikkan papan tanda - Dilarang Menzalimi Haiwan. Denda RM50 ribu dan penjara 1 tahun
10- Memperbanyakkan siaran TV yang menuju kepada kasih sayang kucing dan anjing




Dan akhirnya, bantulah kelompok animal lover ni berniaga. At least, takderlah animal lover ni mengekalkan perangai meminta-minta sampai kiamat


Sekian, terima kasih

Presiden AAT