Monday, 20 October 2014

KENYATAAN RASMI PASUKAN TINDAKAN HAIWAN (AAT) BERHUBUNG - 'I WANT TO TOUCH A DOG'

  1. Sebelum ini, apabila menyentuh tentang kezaliman haiwan - Hanya golongan bukan Islam sahaja yang sangat memberi tumpuan. Peristiwa demi peristiwa, kemarahan yang memuncak serta kesedihan yang membakar - Akhirnya, telah ramai umat Islam mula menyertai bukan Islam untuk berbakti kepada sang haiwan. Dan ini disifatkan sebagai satu pencapaian membentuk ketamadunan.

  2. Di Malaysia ini, layanan terhadap kucing tidak seburuk mana jika dibanding layanan terhadap anjing. Kucing akan diterima jika berehat sebentar di kaki lima. Namun kehadiran anjing di kaki lima akan berdepan konfrontasi hebat. Berdasar respon - Masih ramai umat Islam terutama yang rendah intelektual menganggap anjing satu sosok keji, hina dan mesti dicederakan.

  3. Ketiadaan program serius dalam Kerangka Sistem Pendidikan Islam berhubung menyantuni anjing membentuk kanak-kanak Islam yang tidak berimbang. Mereka hanya didedahkan tentang kasih sayang Nabi terhadap kucing. Namun, peristiwa Nabi memberi perlindungan terhadap seekor Ibu Anjing yang sedang menyusukan anak-anaknya - TIDAK DIPERLUASKAN. Natijahnya - Mereka gagal dizaman kanak-kanak, mereka juga menghampiri kegagalan di alam dewasa

  4. Methodology yang dibawa oleh para Sarjana Islam di Malaysia ternyata tidak membantu mengurangi sentiment anti-anjing dikalangan umat Islam secara significant. Kemunculan Ustaz dan Ustazah bertaraf selebriti juga tetap tidak membantu. Rata-rata Sarjana Islam ini hanya berteori. Mereka disyaki tidak pernah hands on. Lalu, kefahaman mereka terhadap anjing-anjing yang lapar, dahaga, ketakutan, helpless dan sebagainya tidak semahir mana jika dibandingkan dengan pencinta haiwan yang lebih hands on. Oleh yang demikian, wujud kumpulan yang cuba memperkenalkan satu Methodology baru bernama - I WANT TO TOUCH A DOG

  5. Keresahan dan bantahan umat Islam terhadap I WANT TO TOUCH A DOG sesuatu yang sihat. Ini kerana memang wujud kalangan pencinta haiwan beragama Islam dilihat ghairah, menolak ilmu, lalai dan tenggelam dalam sorakan. Apabila diberi tumpuan berlebihan - Mereka sudah melupai tatacara, batas-batas, sensitivity serta mencerca nasihat orang lain. Menurut rekod, ada pencinta haiwan yang kebumikan kucing kesayangan dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam. Manakala, wujud pencinta haiwan beragama Islam yang meraikan dan menyembah kematian seekor anjing di Majlis Anjuran Pencinta Haiwan Bukan Islam.

  6. Pengabdian diri kepada Tuhan perlu disempurnakan. Dan akhirnya, kita pasti menuju destinasi wisata yang kekal abadi.