Aku memberitahu Pak Mie - Semua haiwan memerlukan 5 Prinsip Kebebasan Haiwan
Ada diantara haiwan mendapat 5 Prinsip Kebebasan Haiwan. Dan langkah ini perlu di 'apply' pada haiwan yang lain
Aku dan Puan Zarina Ismail diberi penerangan oleh Pak Mi akan anjing/kucing milik mereka. Maka, berjalan-jalanlah aku bagi berkenal-kenalan dengan seluruh anjing/kucing disitu. Selepas selesai, aku meminta Pak Mi meluahkan kegembiraan, kesusahan, serta kepayahan yang beliau hadapi. Aku mendengar, memahami, memproses, menilai dan akhirnya aku dan Puan Zarina Ismail membuat keputusan..
Lebih kurang jam 1230PM, kami ke Pejabat Datuk Bandar Alor Setar. Kehadiran kami diterima baik oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato' Haji Mat Noh Ahmad. Kami pun berbincang dan berunding. Regu Datuk Bandar diperkuatkan Pegawai Undang-Undang serta Ketua Penguatkuasa MBAS. Regu aku, disertai Puan Zarina Ismail,dan Cikgu Adi.
Bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato' Haji Mat Noh Ahmad
Tepat jam 200PM, kami singgah di Pejabat Pengarah DVS Negeri Kedah. Pada waktu ini.. Puan Devi Raj SPCA Sungei Petani, En Logesvaran Bob MIAR dan En Bala Mc Don Devill pun sampai. Aku pun jemput mereka menyertai diskusi dengan Pengarah DVS Negeri Kedah, Dr Tarmizi. Saya pun meminta Dr Tarmizi mengulas isu Pak Mi dan anjing/kucing nya. Kami berdiskusi lebih 2 jam. Pelbagai isu yang Dr Tarmizi kupas.
Bersama Pengarah DVS Negeri Kedah, Dr Tarmizi
Setelah punggung aku naik kematu, aku pun minta izin untuk tamatkan diskusi. Lagipun, aku nak kejar Firefly jam 630PM.
Aku meminta maaf pada Pak Mie jika teguran aku memberi singgungan. Namun yang benar, aku melakukannya untuk kebaikan
Bagi menyelamatkan ratusan anjing dan ratusan kucing milik Pak Mi Alor Setar, daripada Pejabat YAB MB Kedah, Ustaz Azizan.. aku bawak isu Pak Mi ke pengetahuan satu lagi anak jati Kedah. Beliau adalah YB Dato' Wira Johari Baharum @ Dato' Joe. Beliau adalah
- Timbalan Menteri Pertanian
- Ahli Parlimen Kubang Pasu (BARISAN NASIONAL) ~ dulunya kerusi Parlimen Tun Mahathir
- Pengerusi Pembangunan Persekutuan Kedah
Segala ground work hanya tinggal ground work. JamilKucing dan kuncu-kuncu mula membuat serangan. Baca sini - Presiden AAT dituduh mengedit artikel JamilKucing, Pak Mie pergi mampos
Serangan kali ke 2. Baca sini - Cubaan melagakan Jamilkucing dgn Pakmie Shelter
Agak terkesan dengan fitnah - Aku ambil keputusan untuk berundur membantu Pak Mie. Now, Pak Mie sudah pon tiada. Dan nilailah - Apa yang boleh dibuat oleh JamilKucing dan kuncu-kuncu terhadap peninggalan Pak Mie. JamilKucing ada backup dari Puan Susan Zakaria. Beliau adalah isteri ke 2 kepada Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara - Datuk Haji Ikhwan Salim Sujak dan juga biras kepada YB Menteri Pelancongan - YB Dato' Seri Nazri Abdul Aziz
AL-FATIHAH BUAT PAK MIE