Friday 15 March 2013

PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES) DENGAN CARA MEMBALING OBJEK TERHADAP KUCING

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada Jumaat - 15/3/2012 lebih kurang jam 853 PM, saya telah menegur sekumpulan (6) (L) cina yang dipercayai mabuk dimana salah seorang daripada mereka itu menakutkan kucing (terrifies) dengan cara membaling objek terhadap kucing. Dan objek ini telah terkena ke badan kucing

 
-Sekumpulan pemuda cina yang dipercayai mabuk-
 
 
-AH WAI telah menakutkan kucing ini dengan cara membaling objek terhadap kucing-
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-Objek balingan itu berwarna kucing-
 
 
Kejadian berlaku seperti alamat berikut:

PENGEDAR CAT MCI PAINT
NO 12, JALAN USJ 8/2 A,
47620 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Suspek penjenayah haiwan bernama AH WAI. Dipercayai AH WAI bekerja di syarikat PENGEDAR CAT MCI PAINT

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Saya memberitahu AH WAI bahawa tindakannya itu dikhuatiri telah melanggar Akta Binatang 1953 (Semakan 2006). Saya juga telah memberitahu beliau bahawa saya akan membuat laporan kezaliman haiwan kerna tindakan offensifnya terhadap haiwan. Berlaku sedikit perang mulut. Saya memberitahu mereka, sekarang ini saya hanya berseorangan. Dan mereka ada 6 orang. Jika kamu semua mahu memukul saya, lu orang boleh buat.  Besar kemungkinan saya akan tewas. Namun, selepas daripada itu, kumpulan saya juga pasti akan melakukan tindak balas. Dan akhirnya beliau dan kumpulannya beredar.

-Bagaimana saya mengetahui pemuda cina itu bernama AH WAI?-
Saya mengetahuinya setelah saya bertanya salah seorang daripada sekumpulan (6) (L) cina yang dipercayai mabuk. Individu yang saya bertanya itu bernama AH MENG. Dan AH MENG memang mengenali saya kerna saya selalu ke Restoran Khalifah, USJ 8 Subang Jaya. AH MENG memberitahu saya bahawa AH WAI adalah bos beliau. Dan AH MENG meminta saya untuk CINCAI!

Saya memberitahu AH MENG, kezaliman haiwan adalah suatu perkara yang amat sensitif. Mana boleh CINCAI! Jika sekalipun AH WAI itu anak kepada Perdana Menteri atau mana-mana orang kenamaan, saya akan tetap menentang beliau! Saya menentang AH WAI bukan kerana nama dia AH WAI. Saya menentang AH WAI kerna beliau telah melanggar undang-undang

Sebelum AH MENG beredar, dia meminta maaf terhadap saya atas kelakuan bosnya terhadap haiwan



Pada jam 926PM, saya ke IPD Subang Jaya dan membuat satu laporan polis untuk tujuan keselamatan

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Sekian, terima kasih

Presiden AAT