Wednesday 22 May 2013

NANCY - ANJING PERTAMA PENERIMA BANTUAN STRAYS TERMISKIN

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Dibawah program strays termiskin anjuran AAT, setakat ini 27 kucing dan 1 anjing telah menerima manfaat. Semua 28 strays ini telah difungsikan. Oleh yang demikian, mereka dapat berlari ke sana ke mari dengan gembira, selamat dan cukup makan minum

Nancy merupakan anjing pertama penerima bantuan strays termiskin.


Sebelum ini, kehadiran Nancy di kawasan kejiranan hanya dianggap sebagai perosak. Sesudah itu, ruang untuk dikutuk, dihina dan dizalimi akan terbuka luas. Punca utama ianya berlaku apabila mereka TIDAK DIFUNGSIKAN oleh kerabat manusia seperti kita




Ada satu wanita Tionghua mengambil Nancy untuk difungsikan. Pemberian fungsi kepada Nancy sudah pasti menghilangkan keseksaan yang dicipta oleh kebanyakkan manusia keparat!



Pencinta haiwan yang berilmu akan mengorbankan masa, kudrat dan kekayaannya untuk mencipta fungsi kepada kucing, anjing dan lain-lain haiwan terbiar. Ini adalah formula mujarab untuk membolehkan strays berkongsi ruang hidup dengan manusia

Sekian, terima kasih


Presiden AAT