Monday 21 July 2014

MASIH RAMAI ANGGOTA DAN PEGAWAI POLIS SELANGOR - MEMANDANG SEPI TERHADAP KUASA POLIS YANG TELAH DIPERUNTUKKAN MENGIKUT AKTA BINATANG 1953 (PINDAAN 2013)

 
Rujukan: AAT/CPOSELANGOR/0714/001
Tarikh: 21 Julai 2014

Dato' Abdul Samah bin Mat
Ketua Polis Selangor
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

YDH Dato',

PER: MASIH RAMAI ANGGOTA DAN PEGAWAI POLIS SELANGOR - MEMANDANG SEPI TERHADAP KUASA POLIS YANG TELAH DIPERUNTUKKAN MENGIKUT AKTA BINATANG 1953 (PINDAAN 2013)

Sesi Parlimen 2013 lalu, telah berjaya meminda Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013). Tarikh kuatkuasanya pula telah bermula seawal 20 Ogos 2013 (Selasa). Berdasar fakta dan nombor didalam dokumen perundangan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diberikan kuasa sepertimana Penguatkuasa daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

2. Namun demikian, saya mengesyaki masih ramai anggota dan Pegawai Polis akan berkata - "Ini bukan bidang tugas kami. Dan kami tidak diperuntukkan dengan sebarang kuasa". Jika ini jawapannya, saya bimbang ia tidak selaras dengan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

3. Paling terkini, satu anggota Polis berpangkat Sarjan dari IPD Subang Jaya enggan membantu animal lover bagi menghentikan kecurigaan terhadap seekor anjing yang disyaki telah dipukol dan dizalimi. Jika dibuat bincang balas - Polis seharusnya memberi kerjasama berdasarkan peruntukkan undang-undang sediada. Peristiwa direkodkan pada 20 Julai 2014. Panggilan ke IPD Subang Jaya - 12:59 AM. Panggilan ke IPK Selangor - 01:03 AM. Bantuan polis terpaksa diminta atas alasan - Pasukan Polis bertugas 24/7 tidak sepertimana Penguatkuasa DVS yang masih kurang anggota, peralatan serta mobilisasi.

Sekian untuk tindakan