Duit RM10,000 telah diserah melalui 2 transaksi. Ini kerana CIMB Clicks aku hanya menghadkan pindahan/pengeluaran sebanyak RM5000 sehari.
- Pindahan RM5000 telah berlaku ke Akaun CIMB Libasan Gemilang Enterprise - 1243-0000566-106 pada 28 Feb 2013 (Khamis). Lokasi transaksi ketika berada di Old Town Cofee, The Summit.
- Pindahan RM5000 telah berlaku ke Akaun CIMB Libasan Gemilang Enterprise - 1243-0000566-106 pada 29 Feb 2013 (Jumaat). Lokasi transaksi ketika berada di Rumah Aku.
Pada 29 Feb 2013 (Jumaat), aku telah dikejutkan sangat awal oleh En Mohd Anuar Musa (620813-06-5563). Seawal sangat pagi, suami Aunty Umairah ini telah membuat follow up bagi mengingatkan aku dimana - ada lagi RM5000 yang perlu aku serahkan.
Pada 22 Dec 2012 (Sabtu), Aunty Umairah dan suami memimpin solat hajat di rumah Puan Zarina Ismail
Setelah agak banyak duit aku diserahkan kepada mereka laki bini, aku pun membuat Dokumen Ringkas bagi menunjukkan dimana, berlakunya transaksi wang diantara aku dan wakil Aunty Umairah. Cincai kira, Dokumen merekodkan traksaksi sebanyak RM15200. Yang mana sikit-sikit tuh (hampir RM1000 gak), AKU HALALKAN!
Dokumen Ringkas sebagai asas berlakunya pemindahan wang sebanyak RM15200. Boleh hubungi saksi yang bernama En Fadir untuk membuat pengesahan
Disebabkan masalah kewangan mereka laki bini, aku hanya minta mereka memulangkan secara berjadual hanya bermula pada Akhir Julai 2013, Akhir Ogos 2013, Akhir Sept 2013 dan sehinggalah bayaran akhir pada Akhir April 2014. Sila rujuk dokumen diatas.
Ini bermakna, duit berbelas ribu telah mereka peroleh pada Akhir Feb 2013. Tetapi hanya selepas 5 bulan, barulah mereka diperintahkan untuk mula membuat bayaran.
Dalam tempoh sebelum mula membuat bayaran, setiap kali berjumpa dengan aku - Ada sahaja masalah kewangan yang beliau 'sedihkan'.
Selepas semakin rapat, Aunty Umairah melalui suaminya telah meminta aku membayar makan minum koleksi haiwan mereka sebanyak RM800 sebulan. Disebabkan 'sumbangan' mereka terhadap Persatuan adalah 'sangat besar', aku pun bersetuju. Lalu, AAT menanggung RM800 sebulan bagi koleksi haiwan mereka. Mengikut rekod, AAT telah menanggung makanan kucing anjing mereka seperti berikut:
- Mac 2013 - RM800
- April 2013 - RM800
- May 2013 - RM800
- Jun 2013 - RM800
Total: RM3200
Dalam tempoh ini juga, agak banyak wang persatuan diserah ke akaun suami Aunty Umairah. AAT membayar pelbagai claim mereka. Dan AAT juga membayar pelbagai insentif. Walau curiga dengan jumlah tuntutan, aku tetap Husnuzon @ Bersangka baik terhadap mereka laki bini. Setiap kali mendapat wang, inilah ungkapan keramat mereka - JAZZAKALLAH! Jumlah wang persatuan yang telah diserah akan di update selepas kita membuat audit dalaman.
Pada 2013, umat Islam menyambut Aidilfitri pada 8 Ogos 2013
Dipendekkan cerita, telah pun masuk Awal Julai 2013. Dalam tempoh sebulan, ada 2 perkara besar buat Aunty Umairah dan suami. Ianya adalah mula membayar hutang aku. Dan satu lagi, mereka laki bini turut menyambut kedatangan Syawal.
Dalam tempoh ini, Aunty Umairah pula yang berjumpa aku. Dia mahu meminjam wang lagi. Pinjaman dibuat kerana ingin meniaga kek sempena Aidilfitri. Katanya, dia ingin merebut peluang seperti orang lain yang membuat duit pada Bulan Ramadan. Sikap Husnuzon telah sampai ke kemuncak. Aku telah Berburitzon! Lalu, aku serahkan lagi RM500 untuk tujuan Aunty Umairah meniaga kek. Dengan harapan, beliau dan suami memperoleh keuntungan berganda sempena Aidilfitri. Aku sanggup berbuat apa sahaja. Asalkan mereka lagi bini mencipta bahagia!
Selepas masuk Syawal, satu kek pon tak jadi. Pembayaran hutang mula bermasalah! Aku mula mengesan penipuan mereka laki bini.
Sama-sama kita tunggu Episod 4 - SESUDAH MENIPU DAN 'MENCURI', AUNTY UMAIRAH DAN SUAMI KUAT BERSEMBANG TINGGI DAN BERLAGAK! - EPISOD 4