Wednesday, 27 November 2013

SAYA DIUGUT SETELAH MEMBONGKARKAN PENYELEWENGAN, KECURANGAN DAN KESESATAN

YDH SAC Dato' Mohd Adnan Abdullah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

YDH Dato',

PER: SAYA DIUGUT SETELAH MEMBONGKARKAN PENYELEWENGAN, KECURANGAN DAN KESESATAN

"Memimpin itu menderita". Ungkapan ini mula dirasai sejak akhir-akhir ini. Kelantangan saya membongkarkan penyelewengan, kecurangan serta kesesatan mula mengeluarkan percik-percik api.

2. Beberapa hari lepas, saya telah diugut oleh satu pemuda lelaki Melayu. Mohon rujuk - No Repot: XXXX/XXXX/13. Sebagai aktivis haiwan yang berdaftar dan agresif, saya antara pihak yang kerap dibekalkan dengan maklumat. Oleh yang demikian, adalah tanggungjawab saya membuat sebaran.

3. Dalam tempoh berjuang, tidaklah secemerlang mana kami membuat bakti. Dengan dana yang agak terhad, saya begitu berusaha membantu semua orang. Seandai hilang nyawa dalam perjuangan, saya rela pergi sebagai seorang pahlawan!

Sekian untuk tindakan