Saturday, 23 March 2013

BENDAHARI AAT KEMALANGAN JALAN RAYA DI PUTRAJAYA

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sekitar jam 2PM tadi, saya dan En Mohd Fadir menziarahi En AbdalAdheem Bin Abdullah di Shah Alam. Beliau adalah Bendahari Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Beliau ditimpa kesedihan akibat kemalangan jalan raya di Putrajaya kira-kira 2 hari lalu. Menjaga kebajikan pimpinan AAT adalah dibawah tanggungjawab saya tanpa prejudis. Sebagai ketua, jangan kita nak kerah mereka jadi balaci kita sahaja. Dan bila mereka ditimpa petaka, kita biarkan mereka sorang-sorang tempuhi derita. Kalau kita seorang Ketua, dan kita selfish, play-safe dan nak untung sahaja!.. eloknya kita eksiden dengan lori dan terus mampos!



Sebanyak mana pon kekayaan, setinggi mana pon penghormatan, segah mana pon kehebatan, andai Tuhan mengambil kesihatanmu secara tiba-tiba, barulah dikau tahu langit itu tinggi atau rendah!
Esok ada Mesyuarat Suku Tahun Pertama bagi AAT. Dan Adhem saya kecualikan daripada menghadirinya. Namun, beliau tetap berkeras untuk hadir dan bekerja untuk Persatuan. Sebagai Presiden, saya terharu dengan semangat juangnya yang tinggi!

Didalam persatuan, kita tidak perlukan kuantiti! Kita hanya perlukan kualiti. Kalau kuantiti sahaja, ini maknanya kalau si dia datang mesyuarat.. si dia bukannya hadir bekerja untuk persatuan.. tapi si dia hanya hadir untuk menghabiskan teh dan karipap sahaja!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT