Monday, 25 March 2013

AKU DINNER, ANJING JUGA MESTI DINNER. ADA FAHAM?

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,


Hari ini ada kerja di Seremban. Pulang pun sikit lewat. Dari Seremban sampai USJ, Subang Jaya kira-kira jam 900PM. Aku singgah kedai makan untuk tapow Cha Kueh Teow. Sementara menunggu order siap, nampak satu anjing kecil mundar mandir menghidu-hidu seolah-olah mencari makanan. Aku ke kereta. Nampaknya, ALPO sudah habis.

Oleh yang demikian, aku cakap sama pelayan restoran. Kasi ayam penyet 3! Nasi tak mahu, sayur tak mahu. Ayam sahaja. Pelayan pun jawab, ok! Dan aku cakap padanya, nampak tak anak anjing tuh? Pelayan cakap dia nampak. Ini Ayam Penyet letak dalam dalam apa-apa bekas dan kasik anak anjing itu makan! Kalau bekas tak der, letak dalam pinggan. Dan aku boleh bayar harga Ayam Penyet termasuk pinggan-pinggan sekali!




Sesungguhnya, shelter yang terbaik didunia adalah anjing/kucing
1- Bebas berlari ke sana ke sini
2- Berkongsi ruang hidup dengan manusia
3- Mudah mendapat makan minum
4- Terlindung daripada kezaliman!

Anak anjing itu aku namakan dia Marco!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT