Semasa saya menulis surat ini, saya amat kecewa terhadap Puan Wani Muthiah dan syarikat swasta penyelamat haiwan bernama Malaysian Dog Deserve Better (MDDB).
Ini kekecewaaan saya,
1- Jika kezaliman kucing dilakukan oleh Petknode, Wani dan pelbagai kuncu mensensasikan kes itu sampai terbalik-balik sehingga tertonggeng!
2- Namun setelah berlaku pembunuhan anjing di Segar Veterinary Hospital, Wani dan pelbagai kuncu menikus berperangai keparat! Mereka diam. Dan mereka lansung tidak mensensasikannya!
Ini menunjukkan, tindakan mereka itu tidak ubah seperti Iblis perkauman! Ini faktanya, Petknode diusahakan oleh orang Melayu. Manakala, Segar Veterinary Hospital milik bukan Melayu. Apakah kerana 'transaksi istimewa' diantara MDDB - Segar Veterinary Hospital, makanya kes kezaliman itu tidak disensasikan?
Jika ini benar-benar berlaku, Wani Muthiah dan MDDB telah memancut racun terhadap pejuangan kami. Disaat kami mempertahankan survival anjing dan babi, kami telah dhina dan dicemuh oleh bangsa kami sendiri. Namun kami tidak luntur! Kami hadiahkan pengorbanan ini buat rakan-rakan pejuang bukan Melayu.
Walaubagaimanapun, hati luka sedikit pulih. Masih ada satu NGO Haiwan Bukan Melayu yang tahu memberi nilai terhadap pejuangan kami. Mereka ini saya anggap sebagai aset negara. Orang-orang sebegini meletakkan kepentingan nasional mengatasi kepentingan perkauman! I SALUTE YOU!!! I WILL DEFEND YOU IF YOU'RE BEING A VICTIM OF RACISM!
Berikut merupakan surat buat KJSJ Kuala Lumpur
Rujukan: AAT/KJSJWILAYAH/0713/001
Tarikh: 23 Julai 2013
YDH Dato' Ku Chin Wah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL
YDH Dato',
PER: MEMOHON KES KEZALIMAN HAIWAN DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 429 KANUN KESEKSAAN (KHIANAT TERHADAP BINATANG)
Pada masa kini, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebajikan haiwan sangat meningkat. Oleh yang demikian, jika adanya tindak tanduk negatif terhadap haiwan, pencinta haiwan akan melantangkan suara mereka.
2. Pada 14 Julai 2013 (Ahad) lalu, seekor anjing dibunuh kejam. Anjing adalah bertuan. Ianya dimiliki oleh Puan Leong Yoke Chang. Tindakan membunuh anjing berlaku di Segar Veterinary Hospital, Taman Segar Cheras, Cheras pada jam 400PM. Satu laporan polis telah dibuat di IPD Cheras ~ rujuk No Repot: CHERAS/015729/13
3. Berdasarkan CCTV, dipercayai telah berlaku satu pengkhianatan terhadap binatang. Sekiranya kes ini tidak boleh disiasat mengikut Seksyen 429 KK, mohon pihak YDH Dato' memaklumkan kembali kepada pihak kami. Oleh yang demikian, para pencinta haiwan terpaksa akur sekiranya pembunuhan anjing hanya disiasat mengikut Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) yang diketahui umum bersifat kuno dan dinasor!
Sekian untuk tindakan
“Keadilan buat rakyat, keadilan jua milik abadi sang haiwan”
--------------------------------------------------
Sharul Nizam Ab Rahim (012-2473497)
Presiden AAT