Saya tidak berdaya untuk memandu seorang diri, Subang Jaya - Parit Buntar. Saya juga akan menghadapi lebih kesulitan seandainya terpaksa bergegas semula, Parit Buntar - Subang Jaya. Dengan kata lain, saya berdepan risiko kemalangan jika memandu seorang diri didalam mode - Balik Hari
Sebagai seorang Ketua, saya tidak boleh menyalahkan pasangan saya mahupun menyalahkan pihak lain. Saya mesti ambil tanggungjawab. Dan saya harus memikul segala kesalahan
AAT akan menulis surat permohonan maaf kepada YDP Majlis Daerah Kerian. Didalam surat, kita juga sanggup membayar apa-apa gantirugi. Mungkin telah berlaku penempahan makan minum pada pagi ini. Mungkin juga berlaku lain-lain kerugian buat pihak Majlis.
Seandainya mereka menerima permohonan maaf kita, dan pihak mereka masih ada kesudian, mereka akan membuat penjadualan semula. Kebimbangan saya adalah, jika pihak mereka 'judge' kita ini sebagai membuang masa dan tidak serius. Jika itu keputusannya, saya akan menerimanya tanpa ada sifat dendam dan menghala kesalahan itu kepada pihak lain
Jika ada lapangan terbang di Parit Buntar, saya mampu ke sana secara berseorangan. Next planning, saya terpaksa membina Plan B. Ini adalah penting sekiranya berlaku pembatalan pada saat-saat akhir.
Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang tidak menggembirakan saya.
Presiden AAT