Thursday, 12 September 2013

Sudah 2 tahun lebih Pak Mie Shelter mencabar undang-undang. Kini, Pak Mie Shelter mencabarnya lagi

Nabi tak ajar kita ceroboh tanah orang untuk bina masjid. Apa perasaan kita, apabila tanah yang kita beli dan tanah itu untuk kita bina rumah.. tiba-tiba ada pihak telah membina Pusat Tahfiz tanpa pengetahuan dan tanpa kebenaran kita?

Pada akhir 2012, saya telah diberikan fakta dimana Pak Mi telah melakukan 3 kesalahan serius. Atas semangat survival haiwan, saya sudi untuk menyusun atur semula akan kekusutan. Ianya daripada melanggar undang-undang kepada comply dengan perundangan. 


Penyusunan atur semula telah diterima baik oleh 6 Agensi Kerajaan dan 1 Badan Berkanun. Saya telah merancang supaya ratusan anak-anak bulu dapat hidup dengan gemilang dan berkebajikan. Blueprint itu telah dihantar kepada 6 Agensi Kerajaan, termasuk ke Pejabat Menteri Besar Kedah. 


Setelah itu, pihak berkuasa tidak membuat operasi menghalau pada Disember 2012, Pak Mie telah membuat ikrar berkali-kali. Ikrar itu adalah apa-apa yang melibatkan keputusan ianya akan di forward kepada saya supaya ianya selaras dengan Blueprint yang telah dihantar kepada pemilik tanah

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan malapetaka di tengahari. Setelah media menghurung dan menyanjung beliau secara berlebih-lebihan, Pak Mie lupa akan ikrar, janji dan Blueprint. 


Ramai yang bertanya, kenapa Abang Kucing tidak suka kepada manusia istimewa? Macam biasa, saya tidak ada personal. Sebagai pemimpin NGO Haiwan, saya perlu tegas dan konsisten didalam menyatakan kebenaran. 


Setelah meneliti maklumat, Penjawat awam tidak membuat apa-apa kesalahan. Sekiranya mereka membuat kesalahan, mohon ambil tindakan mahkamah terhadap mereka. 

Berfikir tanpa fakta dan ilmu, orang luar mesti melihat pihak berkuasa bersungguh benar untuk menganiaya anak-anak bulu. Tetapi apabila mendalami fakta secara keilmuan, manusia degil itu yang terlebih dahulu menganiaya anak-anak bulu


Jika pihak berkuasa dihumban ke neraka kerana dilaknat Tuhan, pihak berkuasa pasti sangat terkejut! Mereka sangat terkejut kerana manusia degil yang disanjung itu telah terlebih dahulu berada didalam lubang neraka.


Berikut merupakan nasihat saya buat Pak Mi untuk kali yang ke 12.

  1. Pak Mi perlu berhenti mencabar dan memprovokasi pihak berkuasa
  2. Pak Mi perlu sedar bahawa pihak lain sedang 'menggunakan' Pak Mi untuk menggalakkan lebih ramai orang memelihara haiwan tanpa perundangan dan tanpa syariat
  3. Pak Mi pelu sedar bahawa pihak lain sedang mengambil laba politik terhadap kes Pak Mi
  4. Pak Mi perlu sedar bahawa fakta Pak Mi selalu berubah-rubah didalam media. Ini sangat merbahaya!
  5. Jika Pak Mi dituduh dimahkamah, individu yang akan mengikuti perbicaraan Pak Mi itu tidak akan seramai mana sepertimana bilangan posting, bilangan commenting, bilangan sharing dan bilangan LIKE di Facebook. 


Walaupun amat kecewa dgn kedegilan Pak Mie, saya masih berharap MB Kedah menggunakan sedikit sumber negeri untuk penempatan baru buat anak-anak bulu. Namun, jangan sekali-kali benarkan manusia degil untuk mengetuai operasi di penampukan baru. Carilah individu yang lebih berwibawa. Manusia degil perlu bersara, pergi menuntut ilmu kebajikan haiwan dan buat come back

Jika manusia degil masih mahu mengetuai operasi, saya menganggap manusia degil itu bukan berhati emas. Tetapi mereka masih tamak mengejar emas. 

Kemenangan tidak boleh mengatasi kebenaran!

Presiden AAT