Ahmad yang mengeluarkan wang. Ahmad sediakan logistic, Dan Ahmad jugalah yang perlu membawa pulang sang haiwan. Pengulangan muka-muka serupa, baik dari segi kudratnya mahupun kewangan, sangat tidak menyihatkan. Hingga kini, peranan yang dimainkan oleh jejaring media sosial TIDAK MENYAMAI gerak kerja sebenar yang berlaku di alam realiti. Animal lover kini telah disimpang jalan!
Di laman-laman maya - Bilangan sorakan dan jeritan itu mempunyai angka yang begitu fatastis. Pengketengahan pelbagai 'isu panas' menjana anjakan yang sangat marak. Perseteruan 2 musuh, diambil peluang sangat baik oleh saudagar haiwan! Orang lain sibuk berperang, kelompok saudagar ini mencari-cari lubang untuk membawa keluar sebanyak yang mungkin harta rampasan perang! Strategi dibina dan perangkap mula dipasang. Orang lain ramai tercedera, mereka bergumbira! Tindakan ini mula disedari dan kita semua harus cermati.
Animal lover sangat berbangga mengumpul haiwan secara 'belief'. Mereka cenderung menolak undang-undang yang telah di uji materikan! Rungutan satu per satu sebenarnya not comply dengan dasar yang telah dibina. Mereka tidak berjuang untuk mengubah dasar. Tetapi mereka lebih selesa untuk kekal dalam kelompok yang bersifat populis. Ini merupakan sisi yang paling mengerikan.
Percaya atau tidak? Kebanyakkan animal lover mahupun shelter mula menerima ombak yang terlanda. Haiwan semakin ramai, manakala dana pula mulai mengecil. Mereka sukar memperoleh sokongan dan bantuan secara konsisten. Penghutangan dan rompakan telah dihalalkan kerana 'sikap baik' terhadap haiwan. Sebahagian besar yang hadir untuk membantu itu - sifatnya selalu bermusim!
Aku mengisytiharkan - Animal lover semakin bertambah. Namun kualiti itu sudah merudum!