Walau bermulut celupar, aku pasti memberi ruang besar terhadap mana-mana individu yang ingin benar menyumbang terhadap perjuangan. Aku, Aunty Umairah dan suami pertama kali keluar dinner sekitar Sept 2012. Suami isteri ini kerap mengajarku tentang - Apa yang dilarang oleh Agama? Dan perkara yang benar itu - aku pasti terima, akur dan hormat.
Tidak ada tuntutan didalam Islam supaya menutup muka seperti perlakuan Aunty Umairah. Tapi ramai orang menjadikan purdah tu sebagai alat untuk mempergunakan agama
Setelah mereka mula berjuang bersama aku dan AAT, kami mulai rapat. Ke mana sahaja, aku pasti mengajak mereka untuk ber aktivis. Tiap kali mereka berjuang, kebanyakkan perbelanjaan itu ditanggung oleh Persatuan. Kita memberi duit minyak, memberi makan dan sedikit saguhati. Beberapa transaksi bayaran akan diberikan secara tunai dah juga berbentuk cek.
Selama tempoh berjuang, mereka suami isteri lebih banyak mengadu masalah peribadi berbanding melakukan aksi perjuangan. Satu-satu masalah peribadi yang terpaksa aku dengar. Pada mulanya, aku tidak menunjukkan minat untuk mendengar. Tetapi tindakan mengadu sang suami yang daripada pagi sampai ke Subuh esok hari, telah berjaya memberi tekanan terhadap aku. Jika aku tidak melayan masalah peribadi mereka, laki bini mula buat perangai. Beberapa ajakan ber aktivis itu mula dilupakan. Jadi, aku tak mahu kehilangan mereka didalam menuntut perubahan terhadap stray.
Penyerahan wang buat kali yang pertama. Nilaiannya - RM 2000
Pada sekitar awal Feb 2013, sang suami mengadu beliau hadapi masalah pendapatan. Penceritaan menunjukkan, terdapat beberapa projeknya tidak menerima bayaran. Lalu, aku dijadikan susuk untuk diceritakan masalah. Akibat ter 'pukau' dengan kesedihan dan ter 'pukau' dengan ganjaran akhirat - Aku pun telah terdorong oleh satu kuasa 'agama' untuk menyerahkan wang sebanyak RM 2000. Transaksi ini berlaku secara cash deposit ke Akaun CIMB Libasan Gemilang Enterprise - 1243-0000566-106 pada 6 Feb 2013 (Rabu). Libasan Gemilang adalah syarikat milikan tunggal En Mohd Anuar Musa (620813-06-5563). Dan aku pun menyerah atas sikap Husnuzon. Husnuzon adalah perkataan Arab yang bermaksud Bersangka baik.
Pada 16 Feb 2013 (Selasa), aku menjadi orang tengah untuk menyambungkan silaturahim antara mereka dengan keluarga Marissa Luvida Thaqif (012 3247022). Pertemuan direkodkan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Untuk pengetahuan - Sebelum ini mereka telah bergaduh besar kerana Aunty Umairah dan suaminya gagal mendapatkan sejumlah wang daripada keluarga Marissa Luvida Thaqif atas nama persahabatan. Aunty Umairah disyaki cukup bengang dengan Marissa.
-IKLAN MULA-
Marissa ni tak habis-habis mengaitkan dia sebagai anak hartawan dan turut dikaitkan dengan YB Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri. Tetapi penceritaan besar, tidak selalu sejajar dengan pengorbanan,. Aunty Umairah nak pinjam RM3 ribu - RM5 ribu pon - TAK BOLEH! Antara aku dan keluarga Marissa, aku yang miskin ni ternyata lebih bangsawan berbanding mereka yang dikaitkan dengan keluarga Pak Menteri. Bagi aku, Marissa ni pon indah khabar daripada rupa. Sembang punyalah power! Tapi satu sen pon tak pernah nak beri kita dana perjuangan. Aku pun dah benci dengan dia. Jika sesuai, dia pun aku akan bongkar! JamilKucing boleh bongkar dia, apa pasal aku tak boleh? He he. Yang aku benci dengan Marissa Luvida Thaqif ni adalah, sampai sekarang dia tak saman-saman JamilKucing seperti janjian. Walhal, aku dah backing dia daripada IPD Subang Jaya sampailah ke Suruhanjaya Komunikasi. Bila rasa telah dipergunakan, aku pun malas nak tengok muka dia lagi. Lalu, aku singkirkan Marissa Luvida Thaqif dalam senarai mereka yang boleh dibuat kawan!
-IKLAN TAMAT-
Cerita bersambung...
Sejahat-jahat aku - Aku telah berjaya membuatkan keluarga Aunty Umairah dan keluarga Marissa Livida Thaqif bermaaf-maafan sambil berpeluk menangis. Aku pun sedih melihat aksi itu. Kira-kira jam 600PM, kami pun bersurai. Semasa di kereta, suami Aunty Umairah (En Anuar Musa) meminta aku RM200 kerana bimbang tak cukup duit minyak dan tol. Atas sikap Husnuzon, aku pun memberi tunai sebanyak RM200. Tapi aku cakap padanya - INI BUKAN DERMA. TETAPI PINJAMAN. TUAN MEMANDU KERETA PERDANA V6. MAKA TUAN TAK LAYAK DAPAT DERMA!
Penyerahan wang buat kali yang ke 2. Nilaiannya - RM 2500
Selepas 'memukau' aku pada kali pertama, suami Aunty Umairah bernama Mohd Anuar Musa mengganggu aku pada belah pagi, tengahari dan malam. Beliau mengadu, projeknya gagal menerima bayaran. Ini mengakibatkan, dia nak makan pakai pun hadapi kesulitan. Beliau mendakwa - Akibat tak amalkan rasuah seperti orang lain, dia menjadi susah untuk 'melincirkan' projek. Rasuah antara perkara yang aku tentang sampai mati! Ter 'pukau' lah aku buat kali yang ke 2. Lalu, aku serahkan lagi RM 2500. Transaksi ini berlaku pada 25 Feb 2013 (Isnin). Rujuk gambar diatas.
Kemuncaknya, aku menyerahkan lebih RM 10,000 bemula pada 28 Feb 2013 (Khamis) dan seterusnya.
En Mohd Anuar Musa yang dibantu oleh Aunty Umairah ada skills 'pukau' untuk membuat orang seperti aku selalu merasa sedih atas kesusahannya.
Dipendekkan cerita, aku telah menyerahkan wang peribadi sebanyak RM15200 sepanjang perkenalan singkat antara aku dan En Mohd Anuar yang dibantu 'senyap' oleh Aunty Umairah ini.
Angka telah menjadi RM13500 kerana suami Aunty Umairah hanya membuat bayaran sekitar RM1700 sahaja.
Sama-sama kita tunggu Episod 3 - AUNTY UMAIRAH DAN SUAMI MULA DIKESAN SUKA MENIPU DAN AKHIRNYA MEREKA 'MENCURI' - EPISOD 3