Tuesday, 31 December 2013

AUNTY UMAIRAH DAN SUAMI DILIHAT SEMPURNA KERANA 'WATAK AGAMA' - EPISOD 1

Aku mengenali Aunty Umairah dan suaminya kerana sama-sama menyintai haiwan. Perkenalan kami disatukan kerana aku mengenali Papa Hero, dan mereka juga turut mengenali Papa Hero. Perkenalan rapat bermula pada sekitar Nov - Dec 2012. Kami ditemukan dirumah En Abdaladhem - Bendahari AAT yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Sewaktu perkenalan, suami isteri ini memperkenalkan diri bahawa mereka punyai banyak anjing dan kucing. Lebih istimewa, semua perbelanjaan haiwan ini ditanggung secara peribadi tanpa menyakiti banyak pihak. Aku sedikit yakin kerana suaminya memberitahu aku bahawa dirinya ada hubungan saudara dengan Perdana Menteri Malaysia yang bernama YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Keyakinan itu diperkuatkan dengan fakta dimana suami Aunty Umairah ini berasal daripada Pekan, Pahang. Disamping itu, suami Aunty Umairah memberitahu aku, mereka memiliki business sendiri yang punyai ramai pekerja. Untuk pengetahuan - Aku telah dilahirkan memang untuk bersangka baik terhadap semua makhluk termasuk seekor babi. Dan fitrah ini telah membuatkan aku mempercayai mereka 100%.

Gambar dibawah menunjukkan Aunty Umairah yang berpurdah. Ciri-ciri Islamik yang beliau miliki, selalu sahaja melayakkan beliau menerima penghormatan yang sedikit lebih berbanding wanita-wanita yang menampilkan belahan didada. Didalam Bahasa Inggerisnya - Cleavage. Ditambah-tambah pula, beliau 'sering' membuat kebaikan terhadap anjing, Dan inilah 'kemuliaan' yang kerap dipandang besar oleh majority animal lover di Malaysia. Dengan hanya sekeping gambar, dan ia pula tersebar secara viral - Telah melayakkan wanita ini dilabel sebagai 'Malaikat Wanita' yang pertama di Asia Tenggara.

 
Gambar Aunty Umairah yang tersebar luas dan ini telah memberinya kredit besar
 




Aku juga tertarik dengan perjuangannya terhadap anjing. Lalu, aku menjemput beliau dan suaminya untuk berjuang bersama-sama Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). 'Watak Agama' serta latar belakang Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah memberi inspirasi untuk aku menjadikan suaminya sebagai Penasihat Agama buat AAT.

Pemimpin NGO Kaum Kucing disaran menjemput beliau untuk menyertai Himpunan Besar Kucing di Stadium. Dan ini bakal menjadikan pakatan kamu itu kuat, kukuh dan digeruni ramai termasuk aku! Selepas itu, mungkin boleh membuat kutipan RM13500 semasa perhimpunan untuk membantu beliau menyelesai hutang dan BERHENTI MENIPU. Sebagai manusia yang kerap menuba ikan di air keruh, kamu mesti merebutnya. Ini matematiknya - Kalau yang hadir itu dalam 200 orang, setiap seorang perlu 'dipaksa' memberi derma sebanyak RM67.50.



Nice Cleavage


Sama-sama kita tunggu Episod 2 -
AUNTY UMAIRAH MENUTUP MUKA BAGI MUDAHKAN DIA DAN SUAMINYA MELAKUKAN AKSI 'PUKAU' DAN TIPU