Thursday, 28 March 2013

YDP SEPANG BERI MAKLUM BALAS BERHUBUNG PENANGKAPAN ANJING YANG TERSANGAT RAKUS

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum ini, saya ada menyiarkan artikel bantahan terhadap YDP Majlis Perbandaran Sepang berhubung WAHAI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG! ANJING YANG BAIK PON, KAMU MAHU BUNUH KER? MOHON BERI PENJELASAN AKAN KERAKUSAN KAMU!



YDP Majlis Perbandaran Sepang, Tuan Mohd Sayuti Bin Bakar SMS telah membuat reply seperti dibawah



AAT adalah NGO haiwan yang selalu mengutamakan rasional apabila berdepan dengan beberapa tindakan pemutus terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Ianya sejajar dengan salah satu matlamat AAT iaitu memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan survival haiwan dan survival pemilik haiwan

AAT mengambil pendirian untuk MENGUTAMAKAN gerak kerja terlebih dahulu. AAT juga tidak seperti NGO Haiwan yang lain, dimana mereka terlalu cenderung membuat bising serta salakan di social media! Setelah begitu seronok membuat bising, salakan serta mempermainkan emosi animal lover, dan akhirnya maklumat yang dibisingkan itu
1- TIDAK TEPAT
2- BERSIFAT FITNAH
3- BERNIAT JAHAT
4- BERSIFAT PERKAUMAN




Dan jika ini berlaku, mereka pasti TIDAK AKAN BERANI COME FORWARD untuk berbuat sesuatu demi survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Dan akhirnya, kebisingan itu tadi menjadi hiburan semata-mata tanpa ada satu pun tindakan yang significant! Jika ini berterusan, animal lover di Malaysia terus dijadikan alat untuk menyerang pihak lain dan dalam masa yang sama kerugian itu tetap kekal menjadi milik sang kucing dan sang anjing!

INI JAMINAN AAT KEPADA SELURUH PENCINTA KUCING DAN ANJING DI MALAYSIA. JIKA BENAR MANA-MANA PENJAWAT AWAM ITU INGKAR TERHADAP ARAHAN SERTA MEREMPUH UNDANG-UNDANG, AAT AKAN MENUNTUT PENJAWAT AWAM ITU DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB. AKIBAT TINDAKAN TATATERTIB INI, PENJAWAT AWAM TERSEBUT BOLEH BERDEPAN DENGAN KEHILANGAN KERJA SERTA MEREKA AKAN KEHILANGAN PENCEN!

NAMUN JIKA PENJAWAT AWAM ITU BERADA DITEMPAT YANG BENAR, KAMU-KAMU YANG BERTUHANKAN MAKI HAMUN BERSIFAT PERKAUMAN, WAJAR MEMINTA MAAF, DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SERTA MEMBAYAR GANTI RUGI!


Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Wednesday, 27 March 2013

Berhubung Bagaimanakah Kita Orang-Orang Islam Boleh Memanfaatkan ANJING. Kenyataan JAKIM

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada 21 Dec 2012 (Jumaat) yang lalu, saya telah memberitahu wartawan NST bahawa saya akan menyerahkan kertas kerja kepada JAKIM yang bertajuk, BAGAIMANAKAH ORANG-ORANG ISLAM BOLEH MEMANFAATKAN ANJING? ~ lihat sini  Together with his 15-man team, Sharul is putting together a working paper on ways to make the canines useful to society . Saya dilatih untuk melaksana terhadap apa yang dikata. Ianya selaras dengan keteguhan prinsip iaitu, PERJUANGAN ADALAH MELAKSANA KATA-KATA!

Syukur Alhamdulillah, input saya itu diterima, difahami, dinilai, dan dibincangkan.. Dan akhirnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyusun panduan seperti dibawah

  1. Harus memanfaatkan anjing dalam suasana tertutup dan terkawal
  2. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan berburu
  3. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga ladang ternakan
  4. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga ladang tanam-tanaman
  5. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga rumah
  6. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga premis kilang
  7. Keharusan ini membenarkan umat Islam menjadikan anjing sebagai penjaga harta benda

Namun, penggunaan anjing sebagai anjing pemandu @ guide dog TIDAK DIHARUSKAN. Untuk menjadikan anjing itu sebagai guide dog di Malaysia, keilmuan itu perlu terlebih dahulu mengambil tempat. Andainya keilmuan masih gagal mengambil tempat, umat Islam di Malaysia akan bergaduh sesama sendiri, dan akhirnya berpecah belah hanya kerana kontroversi anjing!

Dokumen JAKIM dikemukakan seperti dibawah


*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas




*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas




 *click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


 *click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Berdasarkan trend semasa, AAT adalah satu-satunya NGO Haiwan yang mempertahankan survival kucing dan anjing tanpa membinasakan syariat. Nukilan ilmu dan sususan panduan akan dijadikan rujukan kepada AAT untuk meneruskan perjuangan

Sususan panduan ini wajar digunakan oleh pasangan Melayu Islam yang memelihara terlalu banyak anjing di Alor Setar, Kedah




Sesungguhnya tiada apa-apa matlamat yang boleh mengatasi syariat!


Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Monday, 25 March 2013

AKU DINNER, ANJING JUGA MESTI DINNER. ADA FAHAM?

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,


Hari ini ada kerja di Seremban. Pulang pun sikit lewat. Dari Seremban sampai USJ, Subang Jaya kira-kira jam 900PM. Aku singgah kedai makan untuk tapow Cha Kueh Teow. Sementara menunggu order siap, nampak satu anjing kecil mundar mandir menghidu-hidu seolah-olah mencari makanan. Aku ke kereta. Nampaknya, ALPO sudah habis.

Oleh yang demikian, aku cakap sama pelayan restoran. Kasi ayam penyet 3! Nasi tak mahu, sayur tak mahu. Ayam sahaja. Pelayan pun jawab, ok! Dan aku cakap padanya, nampak tak anak anjing tuh? Pelayan cakap dia nampak. Ini Ayam Penyet letak dalam dalam apa-apa bekas dan kasik anak anjing itu makan! Kalau bekas tak der, letak dalam pinggan. Dan aku boleh bayar harga Ayam Penyet termasuk pinggan-pinggan sekali!




Sesungguhnya, shelter yang terbaik didunia adalah anjing/kucing
1- Bebas berlari ke sana ke sini
2- Berkongsi ruang hidup dengan manusia
3- Mudah mendapat makan minum
4- Terlindung daripada kezaliman!

Anak anjing itu aku namakan dia Marco!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Saturday, 23 March 2013

BENDAHARI AAT KEMALANGAN JALAN RAYA DI PUTRAJAYA

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sekitar jam 2PM tadi, saya dan En Mohd Fadir menziarahi En AbdalAdheem Bin Abdullah di Shah Alam. Beliau adalah Bendahari Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Beliau ditimpa kesedihan akibat kemalangan jalan raya di Putrajaya kira-kira 2 hari lalu. Menjaga kebajikan pimpinan AAT adalah dibawah tanggungjawab saya tanpa prejudis. Sebagai ketua, jangan kita nak kerah mereka jadi balaci kita sahaja. Dan bila mereka ditimpa petaka, kita biarkan mereka sorang-sorang tempuhi derita. Kalau kita seorang Ketua, dan kita selfish, play-safe dan nak untung sahaja!.. eloknya kita eksiden dengan lori dan terus mampos!



Sebanyak mana pon kekayaan, setinggi mana pon penghormatan, segah mana pon kehebatan, andai Tuhan mengambil kesihatanmu secara tiba-tiba, barulah dikau tahu langit itu tinggi atau rendah!
Esok ada Mesyuarat Suku Tahun Pertama bagi AAT. Dan Adhem saya kecualikan daripada menghadirinya. Namun, beliau tetap berkeras untuk hadir dan bekerja untuk Persatuan. Sebagai Presiden, saya terharu dengan semangat juangnya yang tinggi!

Didalam persatuan, kita tidak perlukan kuantiti! Kita hanya perlukan kualiti. Kalau kuantiti sahaja, ini maknanya kalau si dia datang mesyuarat.. si dia bukannya hadir bekerja untuk persatuan.. tapi si dia hanya hadir untuk menghabiskan teh dan karipap sahaja!

Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Thursday, 21 March 2013

MEDIA SEPATUTNYA MEMBERI RUANG BESAR KEPADA NGO HAIWAN BERDAFTAR BERBANDING BATANG TUBUH INDIVIDU

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Kini berlegar-legar persepsi 'Exploitation of animals for the sake of Money?'. AAT and Putih The Mask Cat masih kekal dengan prinsip MUSNAHKAN PEROMPAK WANG RAKYAT PENCINTA HAIWAN!!!



Daripada awal lagi, saya kurang bersetuju jika media terlalu mengagung dan mengangkat mana-mana individu yang dilihat terlalu menyayangi haiwan. Dan kelaknya, matlamat asalnya itu terbinasa dengan sendiri akibat mereka itu terlalu perasan disayangi oleh ramai orang

Media sepatutnya memberi ruang besar kepada NGO HAIWAN BERDAFTAR untuk mengemukakan pendapat mereka didalam menjana perubahan terhadap Dasar Kebajikan Kucing dan Anjing di Malaysia

PENYALURAN DANA SEHARUSNYA SECARA TERUS KEPADA NGO HAIWAN BERDAFTAR. DAN BIAR NGO HAIWAN BERDAFTAR INI MENYALUR DANA KEPADA INDIVIDU. REKOD KEWANGAN NGO BERDAFTAR DIPANTAU OLEH BEBERAPA PIHAK BERKUASA

Prinsip ini kekal tegas, konsisten dan walk-tall

Sekian, tq

Presiden AAT

Wednesday, 20 March 2013

PENGUATKUASA DVS SELANGOR MENGGEMPUR LOKASI SUSPEK PENJENAYAH HAIWAN DI USJ 8, SUBANG JAYA

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum ini, saya ada menyiarkan artikel PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES) DENGAN CARA MEMBALING OBJEK TERHADAP KUCING 

Pada Selasa, 19 March 2013 sepasukan Penguatkuasa DVS Selangor telah menggempur lokasi suspek penjenayah haiwan seperti alamat berikut:

PENGEDAR CAT MCI PAINT
NO 12, JALAN USJ 8/2 A,
47620 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Pada pagi Rabu, 20 March 2013 tepat jam 952 PM, saya menerima panggilan daripada Pegawai Penguatkuasa DVS Selangor. Beliau memaklumkan, pasukannya telah turun ke lapangan bagi menjana operasi. Dimaklumkan, pihak-pihak berkenaan termasuk Taukeh Kedai telah diberi amaran keras.

Pegawai DVS tersebut bertanya saya, Apakah saya boleh mendapatkan kucing yang menjadi mangsa kezaliman haiwan itu? Saya jawab, kucing itu adalah kucing liar. Dan buat masa ini, kucing tersebut tidak ada bersama saya. Pegawai DVS menambah lagi bahawa, untuk membolehkan kertas siasatan dibuka dan seterusnya ke proses pendakwaan, pengadu perlu mengemukakan bukti. Dan bukti tersebut adalah batang tubuh kucing

Atas dasar itu, saya pun call budak-budak rempit sekitar USJ, Subang Jaya supaya menjejaki kucing tersebut semampu-mampunya. Sekitar jam 950 PM, saya diberi maklumat bahawa kucing tersebut dilihat terbaring diatas kaki lima

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Oleh yang demikian, saya pun bergegas ke lokasi kucing. Selepas itu, saya mengangkat kucing dan membawanya masuk ke dalam carrier.

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Saya telah membuat pembersihan asas terhadap kucing ini. Status terkini, kucing tersebut selamat dibawah jagaan saya.

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Saya akan menghubungi Penguatkuasa DVS Selangor pada bila-bila masa untuk menyerahkan kucing ini. Oleh yang demikian, proses siasatan dan seterusnya proses pendakwaan boleh dilaksanakan sesempurna mungkin

SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA!


Sekian, terima kasih

Presiden AAT




Saturday, 16 March 2013

MENEMBAK MATI MONYET/KERA ADALAH DIBENARKAN MENGIKUT AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sebelum ini saya ada menyiarkan artikel Penduduk kampung di belakang Sekolah Berjaya Dato' Setia, Sungai Petani memohon supaya monyet ditembak mati!



Berita menembak mati monyet telah disampai oleh Puan Devi Raj daripada SPCA KEDAH (019-5050126) kepada saya. Atas dasar itu, saya dan perisik menjana gerak kerja



Berdasarkan maklumat risikan, saya menyimpulkan seperti dibawah
  1. Gangguan monyet/kera adalah tinggi di dalam bandar, pinggiran bandar serta luar bandar
  2. Selain memasang perangkap untuk tujuan pemindahan serta pelupusan (cucuk mati), MONYET/KERA YANG MEMBERI GANGGUAN SEHINGGA BINASA DAN MEMUDARATKAN, undang-undang membenarkan haiwan ini ditembak mati!
  3. Tembak mati ini menggunakan peluru hidup
  4. Kenapa tidak pelali? Pelali hanya sesuai untuk tembakan didalam jarak yang dekat
  5. Oleh kerana monyet/kera amat sukar untuk dikesan didalam jarak yang dekat, maka tembakan peluru hidup mengambil tempat
  6. Tembakan peluru hidup menjangkau sehingga 30-40 meter
  7. Tembakan peluru hidup terhadap monyet/kera adalah arahan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN
  8. Akibat bantahan daripada Pasukan Tindakan Haiwan (AAT), tiada aktiviti menembak monyet/kera pada minggu lepas (10 March 2013 - 16 March 2013)
  9. PERHILITAN mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak bagi mengawal monyet/kera yang memberi mudarat dan kebinasaan.
  10. Cadangan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah PERHILITAN
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-Monyet/kera yang ganas boleh mencederakan manusia-


JamilKucing kerap benar bersifat angkuh dimana beliau kerap mengangkat diri sendiri bahawa dirinya adalah animal lover yang terbaik didalam melindungi haiwan di Malaysia. Didalam isu menembak mati monyet/kera yang diminta oleh kaum Cina seperti di atas, saya mencabar JamilKucing untuk kemukakan cadangan kepada Ketua Pengarah PERHILITAN. Cabaran ini juga terpakai terhadap kuncu-kuncu serta hamba abdi dibawah jagaan JamilKucing

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-JamilKucing dan monyet kesayangannya-


AAT adalah NGO haiwan yang selalu mengutamakan rasional apabila berdepan dengan beberapa tindakan pemutus terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Ianya sejajar dengan salah satu matlamat AAT iaitu memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan survival haiwan dan survival pemilik haiwan


Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Friday, 15 March 2013

PEMUDA CINA YANG MABUK MENAKUTKAN KUCING (TERRIFIES) DENGAN CARA MEMBALING OBJEK TERHADAP KUCING

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada Jumaat - 15/3/2012 lebih kurang jam 853 PM, saya telah menegur sekumpulan (6) (L) cina yang dipercayai mabuk dimana salah seorang daripada mereka itu menakutkan kucing (terrifies) dengan cara membaling objek terhadap kucing. Dan objek ini telah terkena ke badan kucing

 
-Sekumpulan pemuda cina yang dipercayai mabuk-
 
 
-AH WAI telah menakutkan kucing ini dengan cara membaling objek terhadap kucing-
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
-Objek balingan itu berwarna kucing-
 
 
Kejadian berlaku seperti alamat berikut:

PENGEDAR CAT MCI PAINT
NO 12, JALAN USJ 8/2 A,
47620 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Suspek penjenayah haiwan bernama AH WAI. Dipercayai AH WAI bekerja di syarikat PENGEDAR CAT MCI PAINT

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Saya memberitahu AH WAI bahawa tindakannya itu dikhuatiri telah melanggar Akta Binatang 1953 (Semakan 2006). Saya juga telah memberitahu beliau bahawa saya akan membuat laporan kezaliman haiwan kerna tindakan offensifnya terhadap haiwan. Berlaku sedikit perang mulut. Saya memberitahu mereka, sekarang ini saya hanya berseorangan. Dan mereka ada 6 orang. Jika kamu semua mahu memukul saya, lu orang boleh buat.  Besar kemungkinan saya akan tewas. Namun, selepas daripada itu, kumpulan saya juga pasti akan melakukan tindak balas. Dan akhirnya beliau dan kumpulannya beredar.

-Bagaimana saya mengetahui pemuda cina itu bernama AH WAI?-
Saya mengetahuinya setelah saya bertanya salah seorang daripada sekumpulan (6) (L) cina yang dipercayai mabuk. Individu yang saya bertanya itu bernama AH MENG. Dan AH MENG memang mengenali saya kerna saya selalu ke Restoran Khalifah, USJ 8 Subang Jaya. AH MENG memberitahu saya bahawa AH WAI adalah bos beliau. Dan AH MENG meminta saya untuk CINCAI!

Saya memberitahu AH MENG, kezaliman haiwan adalah suatu perkara yang amat sensitif. Mana boleh CINCAI! Jika sekalipun AH WAI itu anak kepada Perdana Menteri atau mana-mana orang kenamaan, saya akan tetap menentang beliau! Saya menentang AH WAI bukan kerana nama dia AH WAI. Saya menentang AH WAI kerna beliau telah melanggar undang-undang

Sebelum AH MENG beredar, dia meminta maaf terhadap saya atas kelakuan bosnya terhadap haiwan



Pada jam 926PM, saya ke IPD Subang Jaya dan membuat satu laporan polis untuk tujuan keselamatan

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Sekian, terima kasih

Presiden AAT

Wednesday, 13 March 2013

PENCINTA HAIWAN YANG PERLUKAN PERHATIAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada masa kini, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebajikan haiwan sangat meningkat. Oleh yang demikian, bilangan rakyat Malaysia yang menunjukkan kasih sayang buat kucing, anjing dan lain-lain haiwan terus menunjukkan peningkatan

Diberitakan baru-baru ini, sukarelawan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) menerima maklumat dimana wujud satu pasangan yang amat daif serta alami kecacatan mata. Namun, kedaifan itu tidak menghalang mereka untuk turut menunjukkan kasih sayang mereka buat kucing-kucing terbiar yang lapar dan dahaga.

Maklumat pasangan itu boleh dirujuk terhadap surat yang dikemukakan



*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 
 
 
Sekian untuk tindakan 

Tuesday, 12 March 2013

WAHAI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG! ANJING YANG BAIK PON, KAMU MAHU BUNUH KER? MOHON BERI PENJELASAN AKAN KERAKUSAN KAMU!

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada masa kini, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebajikan haiwan sangat meningkat. Oleh yang demikian, jika adanya aktiviti rakus menangkap dan melupuskan haiwan seperti kucing dan anjing, pencinta haiwan akan melantangkan suara mereka.

Paling mengecewakan, anjing-anjing yang baik dan tidak beri mudarat, ini pun mahu juga dibunuh. Jika ya pun, 1 nyawa anjing menyumbang kepada 1 harga.. janganlah zalim sangat! Mohon kita ni manusia berkongsi ruang hidup dengan haiwan

Disertakan surat yang memenifestasikan kekecewaan pecinta haiwan.


*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Sekian untuk tindakan

1 Nyawa, 1 Fauna dan 1Malaysia

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Selesai minum cofee bersama perajurit dan srikandi haiwan, saya bergerak ke merata-rata untuk menyambung gerak kerja  awareness



Didalam kotak masih ada baki dokumen kezaliman haiwan yang perlu dibuat edaran



Lokasi 1 - Gerai Pisang Goreng Kak Tipah

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Lokasi 2 - Pet Shop Milik Ameng
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 


*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Lokasi 3 - Masjid Al-Falah
*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 


Lokasi 4 - Gerai Burger Milik Saiful

*click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Majoriti rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum mengalu-alukan
  1. Penguatkuasaan kezaliman haiwan yang lebih cepat, pantas dan memberi keinsafan
  2. Hotline Aduan Kezaliman Haiwan - 15888
  3. Manusia wajar berkongsi ruang dunia dengan haiwan

Selepas ini, anjing dan babi tidak akan dilihat lagi sebagai binatang terkutuk oleh majoriti umat Melayu Islam di Malaysia. Aku dan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) akan buat perubahan. Please support us!

1 Nyawa, 1 Fauna dan 1Malaysia


Sekian, tq

Presiden AAT