Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,
Sebelum ini, saya ada menyiarkan artikel bantahan terhadap YDP Majlis Perbandaran Sepang berhubung WAHAI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG! ANJING YANG BAIK PON, KAMU MAHU BUNUH KER? MOHON BERI PENJELASAN AKAN KERAKUSAN KAMU!
YDP Majlis Perbandaran Sepang, Tuan Mohd Sayuti Bin Bakar SMS telah membuat reply seperti dibawah
AAT adalah NGO haiwan yang selalu mengutamakan rasional apabila berdepan dengan beberapa tindakan pemutus terhadap survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Ianya sejajar dengan salah satu matlamat AAT iaitu memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan survival haiwan dan survival pemilik haiwan
AAT mengambil pendirian untuk MENGUTAMAKAN gerak kerja terlebih dahulu. AAT juga tidak seperti NGO Haiwan yang lain, dimana mereka terlalu cenderung membuat bising serta salakan di social media! Setelah begitu seronok membuat bising, salakan serta mempermainkan emosi animal lover, dan akhirnya maklumat yang dibisingkan itu
1- TIDAK TEPAT
2- BERSIFAT FITNAH
3- BERNIAT JAHAT
4- BERSIFAT PERKAUMAN
Dan jika ini berlaku, mereka pasti TIDAK AKAN BERANI COME FORWARD untuk berbuat sesuatu demi survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Dan akhirnya, kebisingan itu tadi menjadi hiburan semata-mata tanpa ada satu pun tindakan yang significant! Jika ini berterusan, animal lover di Malaysia terus dijadikan alat untuk menyerang pihak lain dan dalam masa yang sama kerugian itu tetap kekal menjadi milik sang kucing dan sang anjing!
INI JAMINAN AAT KEPADA SELURUH PENCINTA KUCING DAN ANJING DI MALAYSIA. JIKA BENAR MANA-MANA PENJAWAT AWAM ITU INGKAR TERHADAP ARAHAN SERTA MEREMPUH UNDANG-UNDANG, AAT AKAN MENUNTUT PENJAWAT AWAM ITU DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB. AKIBAT TINDAKAN TATATERTIB INI, PENJAWAT AWAM TERSEBUT BOLEH BERDEPAN DENGAN KEHILANGAN KERJA SERTA MEREKA AKAN KEHILANGAN PENCEN!
NAMUN JIKA PENJAWAT AWAM ITU BERADA DITEMPAT YANG BENAR, KAMU-KAMU YANG BERTUHANKAN MAKI HAMUN BERSIFAT PERKAUMAN, WAJAR MEMINTA MAAF, DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SERTA MEMBAYAR GANTI RUGI!
Sekian, terima kasih
Presiden AAT