Thursday 4 April 2013

PENCINTA HAIWAN YANG PERLUKAN PERHATIAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT - KHABAR GEMBIRA 1

Assalamua'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Sedikit masa lalu (Khamis, 14 Mac 2013), saya pernah menyiarkan artikel bertajuk PENCINTA HAIWAN YANG PERLUKAN PERHATIAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT .

Maklumat kedaifan itu dikemukakan seperti surat dibawah



Pada 4 April 2013 (Khamis), Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi maklumbalas seperti dibawah,


Tulisannya berbunyi,


Asslamualaikum... dan Salam Sejahtera

Berhubung dengan rujukan penama En Kassim Bin Samat pihak Jabatan berterima kasih atas rujukan daripada pihak tuan. Oleh itu pihak Jabatan telah meluluskan Bantuan Am kepada penama dan isteri sebanyak RM 160.00 sebulan mulai April 2013 sehingga Mac 2014. Untuk makluman pihak tuan juga Bantuan diberikan untuk tempoh setahun sahaja justeru mohon kersama daripada pihak tuan memaklumkan kepada penerima untuk memberi maklum balas kepada Jabatan 3 bulan sebelum tamat tempoh tersebut , Borang semakan semula JKM 20 di laman website JKMM@gov.my atau http://spbk.jkm.gov.my/spbk.dan mohon dihantar kepada pihak JKM WPKL untuk proses semakan semula untuk penyambungan atau penamatan berdasarkan situasi semsa penama.

Sekian terima kasih

Mohd hafizul Bin Abd Ghani
Pen.Peg Kebajikan Masyarakat
JKM WPKL
03-26124059




Walaupun penerimaan RM160 sebulan itu dianggap kecil, ianya tetap menyumbang kepada proses mengurangi derita Pak Kasim. Angka RM160 adalah dasar kerajaan yang memerintah. Ianya berdasarkan keupayaan ekonomi negara kita buat waktu ini. Dengan izin Tuhan, angka ini diyakini akan menuju peningkatan

Gerak kerja AAT terhadap Pak Kasim sejajar dengan Matlamat AAT Perkara (4) - Mempertahankan survival haiwan dan survival pemilik haiwan. Selepas membantu Pak Kasim merebut manfaat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selepas ini pula AAT akan membantu Pak Kasim untuk merebut manfaat daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan

Bahagian Baitulmal
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bangunan Daruzzakah
Lorong Haji Hussein 2
50676 KUALA LUMPUR

No. Tel    : 03- 2617 5222 
No. Faks : 03- 2617 5252




Suatu ketika dahulu, Pak Kasim kerap dibantu oleh seorang wanita 'kaya'. Namun, hanya kerna salah faham terhadap kucing, dan sikap 'ladyboss' manusia itu.. Pak Kasim dihina teruk dan akhirnya Pak Kasim dibiarkan terus menderita. Atas dasar itu, AAT telah mengambil alih untuk

  1. Membayar sewa biliknya setiap bulan
  2. Menyediakan kebajikan haiwan dibawah jagaannya
  3. Menjaga kebajikan Pak Kasim dan isteri

Sekian, terima kasih


Presiden AAT