Tak apalah. Pemaknaan ini semua, aku kalungkan ribuan penghargaan. Mungkin ada yang bertanya, kenapa laluan sebegini menjadi pilihan?
Setelah dipercayai untuk memimpin, pertimbangan utama adalah melaksanakan hajat rakyat yang sudah lama tertangguh. Sikap SELFISH perlu kamu ketepikan. Kamu perlu konsisten dan berkata benar walaupun ianya mencederakan rakan, sahabat, para penyokong serta darah daging kamu sendiri.
Kamu adalah celaka jika kamu berlakon baik sebaliknya kamu jahat! Dan kamu adalah celaka, celaka, celaka andai kamu seorang diri sahaja yang beruntung, manakala pihak yang mempercayai kamu, menyanjungi kamu, mengharap kepada kamu.... terus menerus didalam persekitaran yang ditindas, dibuli dan diperkosa!
Aku berkeupayaan untuk menjadi hipokrit. Banyak untungnya menjadi hipokrit ini. Setelah itu, aku akan dilihat manusia yang 'sangat baik', 'kuat agamanya', selalu 'berkorban' serta 'dijamin ke syurga'. DAN AKHIRNYA, WANG, KUASA, KEDUDUKAN SERTA PELUANG MENANTI AKU DIMANA-MANA!
Sekian, terima kasih
Presiden AAT